Terengganu cipta sejarah, kekal negeri terbaik STPM 2025

KUALA TERENGGANU – Negeri Terengganu sekali lagi membuktikan kecemerlangannya dalam bidang pendidikan apabila muncul sebagai negeri terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.18, jauh mengatasi PNGK kebangsaan 2.88.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Kamsah @ Kamal Mohamed berkata, pencapaian tersebut bukan sahaja mengekalkan kedudukan Terengganu sebagai negeri terbaik STPM di Malaysia, malah merupakan PNGK tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu sejak peperiksaan STPM dilaksanakan.

Menurut beliau, kejayaan tersebut membuktikan komitmen berterusan warga pendidik, murid, ibu bapa serta sokongan pelbagai pihak dalam memastikan agenda kecemerlangan pendidikan negeri terus diperkasakan.

“Pencapaian PNGK 3.18 ini merupakan rekod terbaik Terengganu dan juga pencapaian terbaik negara setakat ini. Ia membuktikan bahawa usaha berterusan dalam memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran telah membuahkan hasil yang amat membanggakan,” katanya ketika mengulas keputusan STPM 2025.

Beliau turut memaklumkan bahawa Terengganu berjaya mengekalkan status sebagai negeri terbaik STPM peringkat kebangsaan untuk tujuh tahun berturut-turut bermula tahun 2019, selain mencatat kejayaan mengatasi PNGK kebangsaan selama 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2014.

Daripada keseluruhan 46 buah sekolah yang menawarkan Tingkatan Enam di negeri ini, sebanyak 43 sekolah berjaya mengatasi PNGK kebangsaan, manakala kesemua sekolah mencatatkan kelulusan penuh 100 peratus.

Lebih membanggakan, jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar berjaya dikecilkan daripada 0.13 kepada 0.03, sekali gus mencerminkan keberkesanan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dalam memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati secara lebih seimbang.

Dalam pada itu, Terengganu turut mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila lima daripada 16 sekolah yang menerima Anugerah Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan STPM 2025 adalah dari negeri ini.

Sekolah yang menerima pengiktirafan tersebut ialah SMK Bukit Sawa, Marang; SMK Badrul Alam Shah, Kemaman; SMK Kuala Besut; SMK Tengku Mahmud; dan SMK Bukit Payong, Besut.

Selain itu, Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (HUTECS) turut dinobatkan sebagai Kolej Tingkatan Enam kedua terbaik kebangsaan, sekali gus mengukuhkan reputasi Terengganu sebagai antara peneraju pendidikan prauniversiti negara.

Kecemerlangan Terengganu turut terserlah melalui pencapaian individu apabila dua pelajar negeri ini dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM 2025 bagi Aliran Sains Sosial, iaitu Marisya Kamila Mohamad Hafiz dari SMK Bukit Sawa, Marang dan Wan Nur Mahirah Wan Harun dari SMK Bukit Payong, Besut.

Mengulas kejayaan tersebut, Kamsah menyifatkannya sebagai hasil budaya kerja cemerlang yang telah lama diterapkan dalam sistem pendidikan negeri.

“Pencapaian ini adalah milik seluruh warga pendidikan Terengganu. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengetua, guru, pegawai pendidikan, ibu bapa dan murid yang telah bekerja keras sehingga Terengganu terus menjadi penanda aras kecemerlangan pendidikan negara,” katanya.

Beliau berharap momentum kecemerlangan itu dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai pelajar berkualiti, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara pada masa hadapan.

Related Posts

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif

SHAH ALAM – Pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerima maklum balas positif daripada warga maya yang menyifatkan inisiatif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu jalan BSI-Ranggu: Pembukaan jalan ditangguh sehingga 30 Jun ini

TAWAU – Rancangan untuk membuka jalan rizab yang menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI) dan Ranggu (PR1MA) seperti yang diwar-warkan sebelum ini iaitu pada 17 Jun lalu ditangguh sehingga 30 Jun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rapid KL lancar pas bulanan gigital RM150, perjalanan tanpa had selama 30 hari

Rapid KL lancar pas bulanan gigital RM150, perjalanan tanpa had selama 30 hari

Sidang Parlimen bermula Isnin, had tempoh PM dan pemisahan kuasa AG jadi tumpuan

Sidang Parlimen bermula Isnin, had tempoh PM dan pemisahan kuasa AG jadi tumpuan

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif

Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama tenaga menerusi perjanjian strategik Petronas

Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama tenaga menerusi perjanjian strategik Petronas

Isu jalan BSI-Ranggu: Pembukaan jalan ditangguh sehingga 30 Jun ini

Isu jalan BSI-Ranggu: Pembukaan jalan ditangguh sehingga 30 Jun ini

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak