Polis tahan ejen loteri awam haram di Roban

SARATOK – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki bertindak sebagai ejen jualan nombor loteri awam haram dalam satu serbuan di pekan Roban pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan ketika berada bersendirian di kawasan letak kereta di belakang bangunan kedai pekan berkenaan.

Menurutnya, tangkapan tersebut dilakukan menerusi Op Dadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang diketuai oleh Inspektor Hendry.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis telah merampas sekeping keratan kertas mengandungi catatan nombor loteri awam haram, sebatang pen dakwat hitam berserta wang tunai berjumlah RM50,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mathew memberitahu, siasatan awal mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu mengaku terlibat dalam aktiviti ejen jualan di sekitar pekan berkenaan sejak kira-kira seminggu lalu.

“Suspek yang masih bujang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sebagai sumber pendapatan sampingan dengan menyasarkan pelanggan tempatan.

“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Tambahnya, kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos