Sultan Selangor seru umat Islam perkukuh perpaduan, elak pertikaian terbuka

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar terus mengutamakan perpaduan dan menyelesaikan sebarang perbezaan pandangan secara berhemah serta tertutup demi menjaga keharmonian masyarakat.

Dalam titah sempena Ma’al Hijrah 1448H, baginda menegaskan bahawa peristiwa hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, sebaliknya simbol perubahan ke arah yang lebih baik dan penyatuan ummah dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Baginda turut mengimbau pesanan Almarhum ayahandanya yang sering menasihatkan supaya tidak mendedahkan perselisihan atau kelemahan sesama sendiri kepada umum.

Menurut baginda, sebarang masalah, perbezaan pandangan atau perkara yang perlu diperbetulkan hendaklah disuarakan dengan penuh hikmah, adab dan melalui saluran yang sesuai.

“Jika mahu memberi nasihat atau teguran, lakukanlah dengan cara yang baik dan berhemah. Apa jua isu yang timbul hendaklah diselesaikan melalui perbincangan secara tertutup dengan semangat saling menghormati dan mencari jalan penyelesaian terbaik,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, pertikaian secara terbuka hanya akan mendedahkan kelemahan umat dan bangsa kepada pihak lain yang mungkin mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku.

“Jika keadaan itu dibiarkan, tiada siapa yang akan benar-benar menang,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda mengajak seluruh rakyat mengambil semangat hijrah untuk memperkukuhkan perpaduan, meningkatkan sikap toleransi serta mendahulukan kepentingan agama, bangsa dan negara melebihi kepentingan peribadi atau kelompok tertentu.

Baginda berharap tahun baharu 1448 Hijrah akan membawa keberkatan, keamanan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat serta menjadi titik permulaan kepada usaha memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan umat Islam dan masyarakat keseluruhannya.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX