Negara hancur dengan kebencian

1. Sejarah membuktikan bahawa membina sesebuah negara atau tamadun memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, iltizam dan usaha yang berpanjangan.

2. Tetapi, untuk meruntuhkannya amat mudah, iaitu dengan menyemai kebencian, mengapi-apikan sentimen kaum dan agama serta membiarkan keangkuhan mengatasi kewarasan.

3. Oleh itu, politik yang menjadikan perbezaan sebagai alat meraih kuasa perlu ditolak kerana ianya hanya melahirkan perasaan curiga antara kita, perpecahan keharmonian dan melemahkan negara kita.

4. Negara tidak dibina atas asas permusuhan, sebaliknya terbentuk melalui kesediaan pelbagai kaum (Melayu, Cina, India, rakyat Borneo dan lain-lain) untuk mencari titik temu demi membina sebuah negara yang aman dan berdaulat.

5. Kekuatan Malaysia terletak pada kemampuan rakyatnya hidup bersama dalam kepelbagaian sambil mengangkat martabat negara secara kolektif.

6. Atas sebab itu, negara ini memerlukan kepimpinan yang mampu merentasi batas kaum, agama, wilayah dan fahaman politik serta menyatukan rakyat di bawah satu cita-cita nasional yang satu.

7. Dalam konteks politik semasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yang paling hampir memenuhi peranan tersebut berdasarkan pengalaman dan pendekatannya yang menekankan perpaduan serta kesederhanaan.

8. Walaupun tiada pemimpin yang sempurna dan setiap pemimpin wajar dikritik, tetapi kepimpinan yang mengutamakan kebersamaan jauh lebih diperlukan berbanding politik yang mengeksploitasi kebencian.

9. Pada akhirnya, negara yang kuat bukanlah negara yang rakyatnya sentiasa bersetuju dalam semua perkara, tetapi negara yang rakyatnya mampu mencari titik persamaan walaupun berbeza pandangan.

    *Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

    Related Posts

    Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

    KOTA KINABALU- Pembangunan infrastruktur pengangkutan di Sabah masih menjadi antara keutamaan Kerajaan MADANI, khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung. Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

    SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat di negeri itu sebaliknya hanya menjawab persoalan yang dibangkitkan kerajaan Barisan Nasional…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    ‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

    ‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

    Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

    Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

    CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

    CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

    Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

    Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

    PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

    PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

    ‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

    ‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX