Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC – Jauteh

TAWAU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menyifatkan Ketua Polis Daerah Tawau, Allahyarham Asisten Komisioner Jasmin Hussin seorang yang berdedikasi selain sedang berada dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner (SAC).

Beliau berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada pasukan PDRM, khususnya di kontinjen Sabah, memandangkan komitmen tinggi dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang perkhidmatan beliau.

“Arwah merupakan seorang pegawai yang berpotensi besar untuk terus maju dalam kerjaya.

“Sepanjang beliau bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Tawau, beliau telah menunjukkan satu prestasi yang cukup cemerlang. 

“Arwah ini antara yang senior dalam pangkatnya untuk Kepolisan Sabah dan nama beliau memang di antara yang disebut-sebut untuk pejawatan yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di kediaman keluarganya di Kampung Sungai Gading, Batu 17, Jalan Apas, Wakuba, di sini, pada Rabu.

Mengenai punca kematian, Jauteh berkata, laporan bedah siasat masih belum diterima dan pihaknya menunggu keputusan rasmi daripada pihak hospital.

“Setakat ini laporan postmortem belum diterima,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak PDRM akan memastikan kebajikan keluarga Allahyarham terus terpelihara melalui pelbagai bentuk bantuan termasuk sumbangan daripada tabung khairat kematian serta bantuan kewangan lain.

Pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat setempat yang tampil memberikan bantuan dan sokongan kepada keluarga Allahyarham.

Awal pagi Rabu, media melaporkan Allahyarham Jasmin, 53, meninggal dunia pada pukul 2.04 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Allahyarham merupakan Ketua Polis Daerah Tawau sejak 7 Mac 2022.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong