Dua anak kelahiran Papar dinobat Tokoh Maal Hijrah Sabah 1448H

KOTA KINABALU – Dua anak kelahiran Papar, Datuk Ag Sharin Alimin dan Datuk Masnah Matsalleh, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Sabah 1448H/2026M pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di sini, hari ini.

Penganugerahan itu merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Negeri Sabah kepada individu yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan, perkhidmatan awam serta sumbangan besar terhadap pembangunan ummah dan kesejahteraan masyarakat.

Datuk Haji Ag Sharin Alimin, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Lelaki, memiliki latar belakang akademik dalam bidang Usuluddin dan Kemasyarakatan Islam serta Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam, selain mengikuti pelbagai latihan kaunseling di dalam dan luar negara.

Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menyumbang kepada pembangunan kemudahan awam termasuk pembinaan dan penambahbaikan masjid, dewan serta bilik kuliah untuk kegunaan masyarakat.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran awam negeri, khususnya dalam penyelarasan antara agensi serta penggubalan dasar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat Sabah.

Sementara itu, Anugerah Tokoh Maal Hijrah Wanita diberikan kepada Datuk Masnah Matsalleh, beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Sabah sebelum melanjutkan pengajian di Institut Teknologi MARA (ITM) Shah Alam, serta memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Edith Cowan University, Australia.

Sepanjang lebih tiga dekad dalam perkhidmatan awam negeri, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Antara sumbangan utamanya termasuk penubuhan Unit Bantuan Guaman Hal Ehwal Wanita dan pengoperasian Rumah Perlindungan Wanita Sabah.

Ketika pandemik COVID-19, beliau turut memainkan peranan penting sebagai Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 Sabah bagi memastikan pelaksanaan program vaksinasi berjalan lancar di negeri ini.

Kini, beliau terus menyumbang di peringkat nasional sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Kedua-dua tokoh menerima wang tunai RM25,000 hasil sumbangan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, selain trofi, sijil penghargaan, pakej menunaikan umrah tajaan Tabung Haji Travel serta set peranti digital sumbangan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Dalam majlis sama, Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Pekan Menumbok dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pengurusan Cemerlang Ar-Raudhah (Taman Perkuburan), manakala Masjid Imam Haji Awang Hashim, Pekan Sipitang muncul Johan Anugerah Pengurusan Masjid Cemerlang.

Penganugerahan ini mencerminkan penghargaan kerajaan terhadap individu dan institusi yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh syiar Islam, memajukan masyarakat serta membudayakan nilai-nilai hijrah dalam kehidupan seharian.

  • Related Posts

    Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

    KUCHING – Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) komited memperkasakan kemahiran pengurusan krisis dalam kalangan Pegawai Perhubungan Awam (PRO) jabatan kerajaan dan agensi menerusi penganjuran bengkel UKAS Making Connections 2026 yang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

    NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu perjudian di negeri itu yang didakwa turut mengaitkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

    Bengkel UKAS Making Connections 2026 mantap kemahiran komunikasi krisis PRO

    Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

    Kepemimpinan berhemah, komunikasi krisis telus bina semula kepercayaan awam – Bahtiar

    AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

    AMK bidas Sanusi, mahkamah pun kena maki bila kalah

    Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

    Isu judi: Sanusi jangan kalah di mahkamah, PMX pula dimaki – Mahfuz

    Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

    • By Ezmie
    • August 27, 2026
    Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

    Kerajaan MADANI tidak pernah luluskan lesen judi baharu di Kedah

    Kerajaan MADANI tidak pernah luluskan lesen judi baharu di Kedah