Umat Islam diseru hayati semangat hijrah – Hajiji

KOTA KINABALU – Umat Islam di negeri ini diseru menghayati semangat hijrah untuk bermuhasabah, memperbaiki kelemahan meningkatkan ilmu pengetahuan, memperkukuhkan akhlak dan mempererat hubungan sesama insan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, Majlis Perhimpunan Ma’al Hirah 1448 Peringkat Negeri Sabah 1448H/2026M menjadi sinergi yang mampu mengeratkan jalinan ukhuwah sekali gus memacu iltazam dan tekad baharu untuk memperkukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan ummah.

“Sambutan Ma’al Hijrah yang menjadi amalan kita setiap tahun ini, bukan sekadar memperingati perpindahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, tetapi juga menjadi simbol transformasi, pengorbanan dan pembaharuan ke arah kehidupan yang lebih baik.

“Sebagai umat Islam, kita perlu mengambil ibrah dari peristiwa Hijrah Rasulullah SAW, iaitu kejayaan baginda mengembangkan syiar Islam, pada masa sama menubuhkan Kerajaan Islam yang pertama di kota Madinah.

“Baginda menitikberatkan kepimpinan yang seimbang antara kemajuan material dengan pembangunan insan,” katanya pada majis berkenaan, di sini, pada Rabu.

Tambah Hajiji, sejajar dengan tema Maal Hijrah tahun ini “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” ia menepati usaha kerajaan mengajak rakyat untuk hidup bersatu padu dan saling hormat menghormati.

“Konsep umat MADANI lahir daripada ikhtiar untuk meneladani kejayaan Rasulullah SAW menyatupadukan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin; hidup dalam kesatuan dan membangun dengan cemerlang dalam persaudaraan Islam.

“Saya percaya dengan menjadikan nilai-nilai Islam sebagai inspirasi moral dan etika dalam kehidupan bernegara, saya yakin kita mampu menjadi contoh masyarakat Madani yang lahir dari peradaban yang, berilmu, berintegriti dan berjiwa besar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap tahun baharu 1448H membawa harapan dan tuah kepada umat Islam walaupun situasi dunia pada hari ini penuh dengan pelbagai cabaran dan pergolakkan.

“Krisis di Timur Tengah, misalnya, yang melibatkan kuasa-kuasa besar, amat menggusarkan kita, lebih menyedihkan, peperangan yang berlaku itu melibatkan saudara seagama dengan kita.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita berharap perjanjian damai antara Amerika Syarikat dengan negara Iran, yang bakal dimeterai pada hari Jumaat ini, akan menghentikan pergolakan dan peperangan di rantau berkenaan demi keamanan dan keselamatan yang berkekalan,” katanya.

Lebih 4,000 orang awam dan tertamu kehormat menghadiri majlis berkenaan.

Turut hadir pada majlis ialah isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin; isteri Ketua Menteri, Datin Seri Datuk Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif yang juga pengerusi jawatankuasa induk Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri
Sabah.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX