Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mempertikaikan kuasa dan autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu dalam memberikan pengampunan, termasuk berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendirian PH adalah berdasarkan pengiktirafan terhadap bidang kuasa institusi diraja dalam perkara berkenaan.

“Tak ada pertikaian. Yang kita bangkitkan adalah pandangan bahawa kita faham Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja mempunyai wewenang serta autoriti penuh untuk memberikan pengampunan. Itu memang telah diperakui dan tak pernah disentuh,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa PH mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Amirudin berkata, PH juga tidak menghalang sebarang prosiding Lembaga Pengampunan yang dikatakan akan berlangsung hari ini.

Beliau berkata, PH bagaimanapun perlu terus melaksanakan amanah yang diberikan rakyat selepas memperoleh jumlah kerusi tertinggi pada pilihan raya umum lepas dan diberi tanggungjawab untuk mengemudi kerajaan.

“Kami sudah melaksanakannya dengan membawa kejayaan ekonomi, mengekalkan kestabilan dalam keadaan krisis merata-rata.

“Walaupun ada dua-tiga isu yang perlu ditangani, seperti isu 3R dan kepercayaan masyarakat Melayu, kami ada lagi berbaki setahun.

“Saya rasa kami harus melengkapkan amanah yang telah diberikan dan lakukan sebaik mungkin. Bersikap berputus asa bukanlah satu keputusan yang bijak di saat perlawanan belum berakhir,” katanya.

  • Related Posts

    ‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

    KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

    PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

    • By Ezmie
    • October 8, 2026
    KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

    Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

    Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

    Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

    • By Ezmie
    • October 8, 2026
    Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

    Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

    Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

    IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

    IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

    ‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

    • By Ezmie
    • October 8, 2026
    ‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan