Malaysia kekal sifar kes malaria manusia tempatan sejak 2018

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak boleh lagi bekerja secara silo dalam menangani cabaran malaria zoonotik atau malaria knowlesi yang semakin kompleks, sebaliknya memerlukan kerjasama bersepadu melibatkan sektor kesihatan, alam sekitar, Jabatan Hidupan Liar dan komuniti setempat menerusi pendekatan One Health.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pendekatan itu penting memandangkan malaria zoonotik kini menyumbang 80.55 peratus daripada keseluruhan kes malaria yang direkodkan di Malaysia.

“KKM tidak boleh lagi bekerja dalam silo, kita memerlukan jalinan kerja bersepadu yang mengikat komitmen sektor kesihatan, alam sekitar, Jabatan Hidupan Liar, dan komuniti setempat.

“Apa yang kita hasratkan bukan sekadar komuniti bebas denggi atau bebas malaria, tetapi komuniti yang lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan, lebih prihatin terhadap alam sekitar dan berdaya tahan menghadapi cabaran masa hadapan.

“Sambutan pada tahun ini mengangkat tema “Eliminasi Malaria: Kita Boleh. Kini Kita Mampu.” Alhamdulillah, negara kita telah melakar sejarah kesihatan awam dunia apabila berjaya mengekalkan sifar kes malaria manusia tempatan (indigenous human malaria) sejak tahun 2018 hasil komitmen berterusan Kerajaan MADANI bersama petugas kesihatan dan masyarakat.

“Walau bagaimanapun, Malaysia masih berdepan cabaran malaria zoonotik atau malaria knowlesi di mana 80.55 peratus kes malaria di Malaysia adalah malaria zoonotik (2,088 kes) untuk tahun 2025.

“Hanya 504 kes merupakan malaria manusia, dan kesemuanya terdiri daripada kes import dari luar negara atau kes introduced,” ujarnya pada Majlis Sambutan Hari Denggi Asean, Hari Malaria Sedunia dan Gotong-Royong Mega Peringkat Kebangsaan Bersempena Jelajah ANMS Tahun 2026, di Menggatal pada Ahad.

Tambahnya, Sabah di pilih sebagai tuan rumah sambutan kebangsaan pada tahun ini amat signifikan.

“Sabah berada di garisan hadapan dalam mengendalikan impak malaria zoonotik ini. Isu ini menuntut pelaksanaan pendekatan One Health yang menyeluruh.

“Marilah kita bersama-sama menjadikan kesihatan sebagai tanggungjawab bersama dan budaya hidup rakyat Malaysia selaras dengan semangat Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Malaysia MADANI.

“Sambutan Hari Malaria Sedunia 2026 yang bertemakan “Eliminasi Malaria: Kita Boleh. Kini Kita Mampu” mencerminkan keyakinan negara untuk terus mengekalkan status tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dzulkefly turut menyeru komunit agar lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan, lebih prihatin terhadap alam sekitar dan berdaya tahan menghadapi cabaran masa hadapan.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM