Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

IPOH – Seorang gadis berusia 23 tahun pengsan ketika menyertai aktiviti pendakian di Bukit Tunggal, Kampung Gajah dekat sini pada pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.59 pagi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.12 pagi dan mendapati mangsa sedang pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakannya.

“Ketua Operasi kemudian melakukan penilaian situasi (size up) sebelum mengarahkan anggota menjalankan operasi menyelamat.

“Pihak bomba menggunakan scoop stretcher dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membawa mangsa turun,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah digerakkan ke lokasi kejadian.

Sabarodzi berkata, mangsa berjaya dibawa turun dengan selamat sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang menjalankan aktiviti pendakian supaya memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan aktiviti.

“Selain itu, pendaki perlu membawa bekalan air yang mencukupi serta memaklumkan kepada rakan atau ahli keluarga mengenai laluan dan tempoh aktiviti bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Operasi yang diketuai PB Mohd Khairi Sulaiman itu tamat sepenuhnya pada jam 9.44 pagi.

Related Posts

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan Puncak Gloxinia

PAPAR – Kerajaan akan melaksanakan pembinaan 10 unit tangki sedutan jenis HDPE berkapasiti 10,000 gelen setiap satu di Kondominium Puncak Gloxinia, Kinarut sebagai langkah segera meningkatkan daya tahan sistem bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan Puncak Gloxinia

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan  Puncak Gloxinia

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak