Rakyat Malaysia dinasihat elak lokasi demonstrasi

JAKARTA – Rakyat Malaysia di Jakarta dinasihatkan supaya mengelakkan lokasi tumpuan demonstrasi di Jakarta Pusat pada Jumaat serta mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa tempatan, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Dalam satu nasihat yang dikeluarkan hari ini, kedutaan itu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapat laporan mengenai demonstrasi, khususnya di sekitar Bundaran HI dan Patung Arjuna Wiwaha, yang turut dikenali sebagai Patung Kuda, susulan jangkaan gangguan trafik sepanjang hari.

Menurut kedutaan itu, demonstrasi berkenaan dijangka menjejaskan aliran trafik di beberapa kawasan di Jakarta Pusat, khususnya di Jalan MH Thamrin, Jalan Jenderal Sudirman dan Jalan Medan Merdeka Barat.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan demonstrasi dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh melanggar undang-undang serta peraturan tempatan,” menurut kenyataan itu, seperti dilapor Bernama.

Kedutaan itu turut menggesa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular supaya menghubungi talian hotline di +62 813-8081-3036.

Media tempatan melaporkan demonstrasi itu dianjurkan kumpulan pelajar bagi membantah peningkatan kos sara hidup, harga bahan api dan beberapa dasar kerajaan.

Sementara itu, Polis Metropolitan Jakarta mengerahkan 6,088 anggota polis dan tentera bagi mengawal keselamatan di beberapa lokasi demonstrasi termasuk kompleks Dewan Perwakilan Rakyat, Bundaran HI, Patung Kuda dan Cikini Raya.

Jurucakap polis, Budi Hermanto berkata, penugasan itu bertujuan memastikan demonstrasi dapat berlangsung secara aman dan teratur di samping menjamin kelancaran aktiviti awam.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah