Penguatkuasaan sekatan media sosial remaja bawah 16 tahun bertepatan budaya, kesesuaian nilai masyarakat

TAWAU – Langkah kerajaan untuk menguatkuasakan sekatan penggunaan media sosial bagi remaja di bawah umur 16 tahun bermula 1 Jun ini dilihat mempunyai justifikasi yang kuat dan sangat bertepatan dengan acuan budaya serta kesesuaian nilai masyarakat di Malaysia.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL), Profesor Madya Dr Mohd Hanip Hassan berkata, tindakan ini dipercayai diambil berdasarkan pertimbangan mendalam mengenai tahap kematangan remaja.

”Jadi, pertimbangan kepada nilai-nilai itulah yang membuat kerajaan mungkin cuba untuk membuat kawalan mengikut acuan kita sendiri bahawa mungkin mereka belum matang dan belum tahu untuk menilai.

”Bahkan, belum tahu membuktikan bahawa data-data ataupun maklumat-maklumat yang diperolehi di media sosial itu sama ada betul ataupun tidak,” katanya kepada The Malaysia Press, baru-baru ini.

Mohd Hanip berpandangan, perkara yang paling signifikan ialah sebelum mencapai usia 16 tahun, kanak-kanak dan remaja lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya berbanding ibu bapa atau guru-guru mereka.

Justeru, katanya, berkemungkinan terdapat justifikasi bahawa pengaruh rakan subaya ini akan menjadi begitu dominan dan membuatkan mereka tersasar daripada landasan untuk menjadi seorang anak dan warga yang baik.

Menurut Mohd Hanip, sekiranya media sosial disekat, terdapat kemungkinan remaja akan beralih kepada platform lain seperti permainan dalam talian (online game) yang turut menyediakan ruang komunikasi dan interaksi sosial.

Beliau turut merujuk pandangan ahli psikologi terkenal, Albert Bandura juga menyatakan bahawa manusia secara fitrahnya ialah makhluk sosial yang mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan orang lain.

“Manusia tidak boleh disekat sepenuhnya daripada bersosialisasi. Jika satu saluran ditutup, mereka akan mencari alternatif lain untuk berhubung dan berkomunikasi.

”Jadi langkah yang terbaik bagi saya bukan kita menyekat tetapi memilih memberi pengajaran, pengetahuan tunjukkan jalan yang lebih baik bagaimana untuk bersosial walaupun di media sosial.

”Sama juga di satu ketika apabila remaja, mengikut beberapa teori, daripada psikologi itu mereka mula tertarik kepada jantina yang berbeza,” ujarnya.

Untuk rekod, bermula 1 Jun lepas, individu berumur bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan mendaftar akaun baharu di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Ia susulan penguatkuasaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bagi melindungi mereka di bawah 16 tahun.

Related Posts

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

LUMUT – Cubaan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara secara haram melalui laluan laut gagal selepas tindakan pantas Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA) memintas sebuah bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat cedera kemalangan bas, treler

MARAN – Empat individu cedera ringan selepas bas dinaiki 19 pelajar dan dua guru sebuah pusat tahfiz terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Besar Jengka 18, di sini, petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler