3.61 juta pemilih bakal mengundi PRN Johor, Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – Sejumlah 3.61 juta pengundi berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 bagi Johor dan Negeri Sembilan yang ditetapkan pada 11 Julai dan 1 Ogos depan.

Ia bagi mengisi kekosongan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan tersebut.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN Johor adalah maklumat terkinni sehingga Daftar Pemilih Tambahan bulan April Tahun 2026 yang dikemas kini sehingga 31 Mei lalu dengan DPPR bagi PRN Johor mengandungi seramai 2,727,926 pemilih yang terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 tentera serta pasangan dan 12,710 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).

Bagi PRN Negeri Sembilan pula, katanta, DPPR yang akan digunakan adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan bulan April Tahun 2026 yang dikemas kini sehingga 4 Jun lalu mengandungi seramai 889,490 pemilih terdiri daripada 867,151 pengundi biasa, 16,884 tentera serta pasangan dan 5,455 polis.

“DPPR bagi PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan dijadualkan akan mula dijual pada 23 Jun depan,” katanya kepada mediaselepas Mesyuarat Khas bagi kedua-dua PRN tersebut, di Menara SPR, pada Jumaat.

Bagi menjalankan proses PRN Johor, katanya, SPR telah melantik 56 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh 187 Penolong Pegawai Pengurus, manakala bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR akan menubuhkan 56 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) 

Ramlan memaklumkan, pasukan terbabit turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.

“Sementara itu, di Negeri Sembilan pula, SPR telah melantik lapan Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu 95 Penolong Pegawai Pengurus dan SPR akan menubuhkan 36 PP-KPR. Bagi PRN Johor, sebanyak 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan manakala bagi PRN Negeri Sembilan pula sebanyak lapan PPC dan PPRU.

“Seramai 42,971 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses tersebut pada PRN Johor, manakala sebanyak 1,076 pusat mengundi biasa yang mengandungi 4,889 tempat mengundi/saluran dan 64 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 91 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,140 Pusat Mengundi dengan 4,980 tempat mengundi/saluran. PRN Johor dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM86.8 juta,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan pula, seramai 15,344 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses tersebut.

“Sebanyak 401 pusat mengundi biasa yang mengandungi 1,668 tempat mengundi/saluran dan 38 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 70 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 439 Pusat Mengundi dengan 1,738 tempat mengundi/saluran. PRN Negeri Sembilan Ke-16 dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM80.6 juta,” katanya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar