KPDN Kedah lancar Ops Kesan 6.0 babitkan 179 penguat kuasa

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menggerakkan 179 anggota penguat kuasa bagi pelaksanaan Ops Kesan 6.0 dari awal bulan ini hingga 31 Ogos di seluruh negeri bagi membanteras aktiviti pencatutan susulan krisis bekalan global.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kedah, Zalina Aziz berkata, operasi itu dilaksanakan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah serta mematuhi peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata, pemeriksaan dijalankan secara menyeluruh merentasi rantaian pembekalan bermula daripada pengeluar, penternak dan pemborong sehingga ke peringkat peruncit melibatkan sektor petrokimia, pertanian, penternakan, pengangkutan serta sektor lain berdasarkan aduan diterima.

“Sehingga 9 Jun, sebanyak 17 Notis Pengesahan Maklumat Barangan melibatkan 73 unit simpanan stok (SKU) telah dikeluarkan kepada peniaga bagi mendapatkan maklumat berkaitan harga dan kos operasi.

“Maklum balas yang diterima akan dianalisis secara terperinci bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur pencatutan atau keuntungan berlebihan tidak munasabah terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan,” katanya kepada media.

Zalina berkata, pemantauan berterusan pada setiap peringkat perniagaan penting bagi mengesan dan mengekang sebarang bentuk manipulasi harga yang boleh menjejaskan pengguna.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan itu bukan sahaja bertujuan mengambil tindakan terhadap pelanggaran undang-undang, malah meningkatkan kesedaran serta kefahaman peniaga mengenai kepentingan mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata, KPDN tidak akan berkompromi dengan peniaga atau pemain industri yang didapati mengambil kesempatan daripada situasi semasa untuk mendapatkan keuntungan melampau atau mencatut harga.

“KPDN akan terus mempergiat pemeriksaan dan operasi penguatkuasaan selaras dengan gerakan massa Kita Gempur yang diumumkan kerajaan bagi melindungi kepentingan pengguna serta memastikan kestabilan harga di pasaran,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan aktiviti pencatutan digalakkan menyalurkan aduan melalui WhatsApp menerusi talian 019-848 8000, aplikasi EZ ADU KPDN, Hotline KPDN 1-800-886-800 atau portal e-Aduan KPDN untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

LUMUT – Cubaan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara secara haram melalui laluan laut gagal selepas tindakan pantas Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA) memintas sebuah bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat cedera kemalangan bas, treler

MARAN – Empat individu cedera ringan selepas bas dinaiki 19 pelajar dan dua guru sebuah pusat tahfiz terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Besar Jengka 18, di sini, petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler