Gadis 20 tahun dilapor hilang, polis mohon bantuan orang ramai

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu sedang mengesan seorang gadis berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan Sinsuran pada 10 Jun lepas, pukul 4 petang.

Dalam satu kenyataan di laman sosialnya, Polis Daerah Kota Kinabalu berkata, gadis terbabit dikenali sebagai Ayu Majid, berbangsa Bajau.

“Ayu mempunyai ciri-ciri fizikal berbadan sedikit berisi, berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat badan sekitar 58 kilogram, berambut panjang dan bermata hitam.

“Ketika kali terakhir dilihat, penama memakai baju hitam berlengan pendek dan seluar panjang berwarna hitam,” kongsi kenyataan tersebut, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Polis Daerah Kota Kinabalu meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan gadis berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Muhammad Abu Zar di talian 019-3546375 atau Hotline Balai Polis Kota Kinabalu di talian 014-3094800.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran.

Polis Daerah Kota Kinabalu turut menghargai kerjasama orang ramai dalam membantu usaha mengesan gadis terbabit.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta