Jangan politikkan agama sehingga cetus permusuhan

KUALA LUMPUR – Agama tidak sepatutnya dipolitikkan serta dimanipulasi hingga mencetuskan permusuhan, namun harus dijadikan sumber keamanan dan perpaduan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keadaan itu menjadi satu cabaran besar kepada pemimpin-pemimpin agama ketika ini.

“Walaupun kita mengiktiraf peranan, sumbangan dan pengorbanan anda, kita perlu mengakui bahawa terdapat pelanggaran besar yang dilakukan atas nama agama.

“Kita sepatutnya mempromosikan keamanan, tetapi sebaliknya menimbulkan perpecahan… sepatutnya memupuk toleransi dan keadilan, tetapi sebaliknya membiarkan keganasan dan ketidakadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapannya pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa kali ketiga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Jumaat

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dan Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL), Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa.

Dalam pada itu, Anwar memberi amaran mengenai cabaran global apabila kesedaran moral kolektif sedang diuji oleh usaha sistematik untuk meruntuhkan piawaian undang-undang dan etika antarabangsa.

Katanya, setiap agama dan sistem moral, perubahan masa membawa transformasi normatif dan teknologi yang perlu diurus dengan pendekatan berlandaskan nilai kemanusiaan.

“Maka, proses penyahkemanusiaan masyarakat dan penerusan pembunuhan beramai-ramai terus berlaku, sama ada di Gaza atau pengeboman berterusan di Lubnan.

“Gencatan senjata hanya diumumkan untuk dilanggar sebelum dakwatnya kering. Serangan masih diteruskan walaupun rundingan sedang berlangsung,” katanya.

Anwar turut mengimbau persidangan terdahulu yang berlangsung selepas konflik Israel–Gaza susulan 7 Oktober 2023, yang menurut beliau masih menyaksikan keganasan berterusan walaupun terdapat usaha gencatan senjata.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan platform dialog antara agama seperti persidangan antarabangsa bagi memberi ruang kepada pemimpin agama bersuara dan memberi tekanan moral terhadap pihak berkuasa.

“Keberanian dan ketekunan bukan sahaja diperlukan oleh institusi seperti Rabitah, tetapi juga semua pemimpin agama untuk terus bersuara, memberi tekanan dan mempengaruhi pihak berkuasa,” katanya.

Beliau turut menegaskan keamanan dinikmati di Malaysia hari ini membolehkan penganjuran persidangan membabitkan peserta Muslim dan bukan Muslim, sekali gus membuktikan kemampuan masyarakat hidup dalam suasana toleransi dan keharmonian beragama.
“Semua ini lahir daripada keterbukaan kita untuk berinteraksi dan berdialog.

“Dialog antara budaya dan agama secara organik amat memberi kesan, namun dialog antara agama yang formal dan tersusun seperti sidang kemuncak ini melengkapkan ekosistem kewujudan bersama yang saling memperkukuh,” katanya.

Related Posts

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi pada PRN

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru rakyat negeri ini supaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos depan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC salur aduan kandungan kepada platform tanpa pilih kasih – Fahmi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan tanggungjawabnya dengan menyalurkan setiap aduan berkaitan kandungan media sosial kepada platform terbabit tanpa mengira latar belakang atau kecenderungan mana-mana pihak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi pada PRN

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi pada PRN

KPDN perluas Program Pasar Patuh, Pasar Komuniti Stutong jadi model pematuhan

KPDN perluas Program Pasar Patuh, Pasar Komuniti Stutong jadi model pematuhan

Sibu tuan rumah MQNKSS Peringkat Sarawak 2026, cungkil bakat kesenian Islam pelajar Sarawak

Sibu tuan rumah MQNKSS Peringkat Sarawak 2026, cungkil bakat kesenian Islam pelajar Sarawak

Polis tahan suspek bunuh teman lelaki bekas kekasih, rogol wanita

Polis tahan suspek bunuh teman lelaki bekas kekasih, rogol wanita

Program familiarisasi media promosi keunikan pelancongan Miri

Program familiarisasi media promosi keunikan pelancongan Miri

Jangan politikkan agama sehingga cetus permusuhan

Jangan politikkan agama sehingga cetus permusuhan