Kerajaan Sabah terus perkasa pendidikan, TVET dan AI bangunkan modal insan

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah akan terus memberi perhatian dan keutamaan kepada agenda pembangunan pendidikan negeri menerusi pemerkasaan modal insan, peluasan bantuan pendidikan serta pengukuhan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta literasi kecerdasan buatan (AI).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha itu penting bagi memastikan setiap anak Sabah memperoleh peluang pendidikan terbaik tanpa mengira kaum dan latar belakang, sekali gus melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing.

Beliau berkata, pembangunan modal insan akan terus diperkasa sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan memperkukuhkan masa depan Sabah.

“Bidang kemahiran dan pembangunan belia akan terus diperkasa melalui peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan.

“Pemerkasaan TVET, pengukuhan STEM, latihan pertanian dan teknologi digital dengan penumpuan terhadap literasi AI adalah antara bidang yang turut diberi keutamaan oleh kerajaan negeri,” katanya semasa merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Kali Keempat Tahun 2026 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Khamis.

Tambah Hajiji, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha memperkasakan pendidikan melalui pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik bersama JPNS serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurutnya, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pembinaan dan naik taraf sekolah, penyediaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), program motivasi murid luar bandar, bantuan biasiswa kepada pelajar kurang berkemampuan serta pelbagai intervensi pendidikan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.

“Kerajaan negeri akan meneruskan pelbagai bantuan pendidikan termasuk biasiswa dan dermasiswa serta 14 inisiatif bantuan pendidikan sedia ada.

“Antara bantuan yang disediakan ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan, Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA).

“Selain itu, Yayasan Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut menawarkan bantuan pendidikan yang boleh dimanfaatkan rakyat,” kongsinya.

Tambahnya lagi, segala bantuan dan usaha yang disalurkan bertujuan untuk memberi manfaat kepada generasi muda selain menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidikan atas pencapaian memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

“Peningkatan prestasi berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) daripada 5.00 pada 2024 kepada 4.85 pada 2025 membuktikan komitmen tinggi dan usaha gigih warga pendidik dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sabah.

“Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan seluruh pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melonjakkan kecemerlangan pendidikan negeri Sabah pada masa hadapan,” ujarnya.

Katanya lagi, guru merupakan tonggak utama pembangunan negara kerana bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah membentuk akhlak dan nilai murni dalam kalangan generasi muda.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas komitmen, keikhlasan serta dedikasi mereka dalam melaksanakan amanah mendidik anak bangsa.

Related Posts

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

TAWAU – Seorang lelaki warga asing maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Batu 3 1/2 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Ketua Polis Daerah Tawau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

KANGAR – Pendakwah, Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan