MPV terbakar selepas bertembung treler, seorang maut rentung

MANJUNG – Seorang individu maut dalam keadaan rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya dipercayai bertembung dengan sebuah treler sebelum terbakar dalam kemalangan di Jalan Batu 9, Kampung Semangat, Segari, awal pagi Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.36 pagi.

Menurutnya, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah Toyota Innova dan sebuah treler.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati Toyota Innova terbabit terbakar hampir 90 peratus.

“Ketika operasi pemadaman dijalankan, anggota bomba menemui seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaan berkenaan dalam keadaan rentung,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, identiti mangsa yang maut masih belum dikenal pasti.

“Pemandu treler, lelaki berusia 60 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan dan diberikan rawatan awal di lokasi kejadian,” katanya.

Sabarodzi berkata, anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi mengalihkan serpihan kenderaan serta tumpahan minyak di atas jalan bagi memastikan laluan selamat digunakan.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.30 pagi dan operasi yang melibatkan enam anggota BBP Pantai Remis ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.48 pagi.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Foto: JBPM

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan