Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

TAWAU – Seorang lelaki warga asing maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Batu 3 1/2 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.08 tengah hari itu, mangsa dipercayai melanggar bahagian kiri motokar yang dipandu seorang wanita tempatan berumur 31 tahun ketika kenderaan berkenaan sedang melakukan pusingan U.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 12.36 tengah hari oleh pegawai perubatan Ambulans Tawau, manakala pemandu motokar tidak mengalami kecederaan.

“Hasil semakan mendapati mangsa berumur 19 tahun itu tidak memiliki lesen memandu yang sah, namun perkara itu tidak semestinya menjadi punca kemalangan,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Rosdi, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, termasuk pemeriksaan kenderaan, pengambilan sampel darah untuk analisis toksikologi serta usaha mengesan saksi bebas.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diseru tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurwati Ismail di talian 010-932 6155,” ujarnya.

Related Posts

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

KANGAR – Pendakwah, Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

KANGAR – Cubaan membawa masuk sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka terkandas ketika air surut di perairan Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

“I don’t want to see you,” Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim

“I don’t want to see you,” Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim