Sarawak sasar lahir tenaga kerja pakar teknologi AI

KOTA SAMARAHAN – Sarawak giat membangunkan pelbagai inisiatif strategik dalam bidang ekonomi baharu termasuk bidang Kecerdasan Buatan (AI) yang menuntut penglibatan tenaga kerja dan graduan berkemahiran tinggi. 

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif berkenaan merangkumi sektor ekonomi digital, tenaga hijau, pusat data, aeroangkasa dan teknologi masa hadapan.  

Menurut beliau, langkah itu adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi menjadikan Sarawak sebuah wilayah maju dan berpendapatan tinggi.  

“Sarawak tidak mahu sekadar menjadi pengguna teknologi, tetapi berhasrat untuk menjadi pemain penting dalam ekonomi berasaskan inovasi dan teknologi.  

“Oleh itu, para mahasiswa diseru agar sentiasa bersedia meningkatkan kemahiran, meneroka bidang baharu dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat supaya kekal relevan dengan keperluan industri,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika membaca teks ucapan perasmian yang mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena majlis Talent Recruitment and Career Exhibition (TRACE) 2026 di DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Rabu.   

Beliau menambah, graduan hari ini bukan sekadar pencari pekerjaan, tetapi bakal menjadi pemimpin, pencetus inovasi dan penggerak utama kepada pembangunan Sarawak.  

Dalam pada itu, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dalam ucapannya turut mengingatkan graduan agar tidak hanya menjadi pengguna teknologi, sebaliknya berusaha menjadi pencipta inovasi khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan.

Tegas beliau, landskap pekerjaan hari ini telah berubah secara drastik dan menuntut penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritikal, keupayaan menyelesaikan masalah serta literasi digital.  

“Jika kita tidak mengikuti arus perkembangan semasa, kita berisiko untuk ketinggalan dan akhirnya tidak lagi relevan dalam industri yang semakin kompetitif,” ujarnya.  

Menyentuh mengenai penganjuran TRACE 2026, Ahmad Hata memaklumkan bahawa program berskala besar itu menawarkan sebanyak 2,274 peluang pekerjaan kepada para pengunjung.  

“Karnival kerjaya ini turut menghimpunkan 74 reruai yang terdiri daripada pelbagai industri, agensi kerajaan dan swasta bagi membuka ruang kepada pelajar membina jaringan profesional,” jelasnya.  

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills