Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

KUANTAN – Langkah mengekang akses media sosial secara bebas bagi golongan bawah 16 tahun adalah keputusan tepat diambil kerajaan berdasarkan ancaman jenayah siber yang semakin tidak terkawal.

Antara jenayah siber paling kritikal ketika ini membabitkan aktiviti pengantunan seksual (sexual grooming) selain terdedah kepada kandungan ganas.

Ahli Lembaga Pengelola UCYP University, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah berkata, pelaksanaan had umur minimum amat wajar bagi melindungi keselamatan dan perkembangan generasi muda di negara ini.

Beliau menjelaskan, kajian dijalankan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendapati kebanyakan kanak-kanak pada usia seawal 13 tahun memiliki telefon pintar dan bebas mengakses media sosial hingga menyukarkan usaha membendung ancaman seumpama itu.

“Tanpa kawalan ketat dan tegas, golongan remaja berisiko tinggi terdedah kepada pelbagai kandungan berbahaya termasuk elemen keganasan, pornografi.

“Selain itu, golongan muda juga mungkin terpedaya dengan taktik digunakan kumpulan atau sindiket penipuan dalam talian serta paling dibimbangi adalah terpengaruh dengan penyebaran ideologi ekstrem seperti rasialisme dan Islamofobia,” katanya kepada The Malaysia Press.

Selain itu, katanya, terdapat juga kajian mendapati golongan remaja di negara ini terdedah kepada sekurang-kurangnya enam jenis ancaman siber utama termasuk kandungan ganas yang boleh mempengaruhi tingkah laku serta risiko pengantunan seksual menerusi interaksi dalam talian.

Malaysia mula menguatkuasakan syarat pengesahan umur bagi pendaftaran akaun media sosial menerusi pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak dan Kod Pengurangan Risiko di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 bagi melindungi mereka di bawah 16 tahun, bermula awal bulan ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Irshadi menjelaskan, penetapan had umur 16 tahun adalah batas yang wajar memandangkan individu berusia 17 tahun dan ke atas lazimnya boleh menilai serta menapis kandungan yang diterima dengan lebih baik.

Katanya, tindakan perundangan dilakukan juga selari dengan beberapa negara seperti Australia yang sudah sedia menggubal undang-undang melarang individu berusia bawah 16 tahun membuka akaun media sosial dan mengenakan penalti terhadap pelanggaran peraturan tersebut.

“Namun begitu, peranan ibu bapa, keluarga dan institusi pendidikan amat penting dalam meningkatkan penguasaan ruang digital selain kerjasama daripada pengendali platform media sosial itu sendiri,” jelasnya.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital