Prestasi mata wang ringgit antara terbaik di Asia

KUALA LUMPUR – Ringgit kekal menjadi antara mata wang berprestasi terbaik di Asia tahun ini, dipacu aliran masuk pelaburan yang besar serta kekukuhan asas ekonomi Malaysia walaupun menghadapi ketidaktentuan global yang meningkat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, mata wang tempatan terus mencatatkan kenaikan yang positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini bagi 2026 dan turut menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding beberapa mata wang serantau.

“Ringgit masih menjadi antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini. Setakat ini bagi tahun ini, ringgit kekal mencatatkan peningkatan positif berbanding dolar AS.

“Lebih penting bagi ringgit bukan hanya prestasinya berbanding dolar AS malah pergerakannya berbanding mata wang lain di dunia.

“Kita jauh lebih baik daripada banyak negara lain di seluruh dunia,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sesi bertajuk ‘Mengimbangi Fokus Fiskal dengan Risiko Luaran’ di Invest Malaysia 2026 di sini, semalam.

Amir Hamzah berkata, kekuatan ringgit disokong keyakinan pelabur berterusan terhadap ekonomi Malaysia, dicerminkan melalui aktiviti pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) yang kukuh.

“Malaysia telah mencapai paras tertinggi dari segi pelaburan diluluskan yang masuk. Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mengeluarkan angka bagi suku pertama semalam, dan kita berada di landasan untuk melaksanakannya.

“Enjin FDI berfungsi dengan sangat baik dalam menarik pelaburan dan menyediakan sokongan kepada ringgit bagi tempoh yang seterusnya,” katanya.

Amir Hamzah berkata, pelaburan domestik juga kekal kukuh, dengan DDI mengatasi sedikit FDI dari segi jumlah pelaburan di negara ini.

“Sebenarnya, DDI adalah lebih besar sedikit berbanding FDI. Jadi, sebenarnya, seperti anda, pelabur dalam negara, juga menggandakan pertumbuhan kerana mengenal pasti segmen yang ingin dikembangkan,” katanya.

Beliau berkata, pelaburan semakin seiring dengan keutamaan kerajaan dalam sektor pertumbuhan tinggi termasuk semikonduktor, pusat data dan kecerdasan buatan (AI), seterusnya membantu mengukuhkan permintaan terhadap mata wang tempatan.

“Selagi enjin-enjin ini terus bergerak, asas ekonomi masih memberikan sokongan permintaan kepada ringgit,” katanya.

Amir Hamzah berkata, walaupun perkembangan luaran masih boleh mewujudkan keadaan turun naik ketara dalam pasaran mata wang, namun tumpuan Malaysia kekal kepada usaha untuk memperkukuh asas ekonomi.

“Adakah akan ada turun naik ketara? Ya, sudah tentu akan ada turun naik namun, yang lebih penting untuk kita menumpukan kepada usaha memastikan asas ekonomi terus berfungsi dalam bentuk yang betul, dan itulah yang sedang kita lakukan pada ketika ini,” katanya.

Related Posts

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

KALABAKAN – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka membolehkan Sabah menerima 40 peratus bahagian menerusi pelaksanaan projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di negeri ini. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa