Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

KUANTAN – SA Mart Mahkota Square dekat sini, menjadi cawangan pertama SA Mart yang dibuka di negeri Pahang, sekali gus berperanan sebagai platform menghimpunkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan untuk dipasarkan ke peringkat lebih luas.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, SA Mart bukan sekadar pusat jualan, malah menjadi hab pengumpulan produk-produk IKS Pahang untuk dikomersialkan ke pasaran serantau dan antarabangsa.

Menurutnya, usaha itu membuka peluang kepada usahawan tempatan memperluas pasaran melalui perdagangan dua hala melibatkan wilayah Borneo termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Filipina dan Indonesia.

“SA Mart ini menjadi tempat yang mengumpulkan produk-produk IKS di Pahang untuk dikomersialkan ke negara-negara serantau dan memulakan perdagangan dua hala dengan Sabah, Sarawak, Brunei, Filipina serta Indonesia.

“Sekiranya terdapat permintaan tinggi, produk-produk ini juga berpotensi menembusi pasaran yang lebih besar seperti Korea Selatan, Jepun dan China yang mempunyai populasi pengguna Islam yang ramai, selain pasaran di Timur Tengah,” katanya seperti dilapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian SA Mart Mahkota Square di sini, semalam.

Mohamad Nizar berkata, SA Mart dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh ekosistem IKS negeri ini, selain membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran lebih terbuka.

“Tawaran diberikan syarikat ini amat memberangsangkan apabila mereka merancang untuk mewujudkan ekosistem pembangunan bernilai kira-kira RM250 juta dengan lebih 500 peluang pekerjaan serta lebih 300 rakan IKS sebagai rakan vendor.

“Ini adalah satu komponen yang amat dialu-alukan dan amat penting buat industri halal di Pahang,” katanya.

Beliau berharap pembukaan SA Mart Mahkota Square menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri, sekali gus merancakkan aktiviti perdagangan, memperluaskan peluang perniagaan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang pada masa hadapan.

Related Posts

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kebimbangan orang ramai berhubung penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk komuniti etnik Rohingya di beberapa kawasan di daerah berkenaan. Menteri Besar Selangor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026