LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

KERIAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan peruntukan berjumlah RM467,532 kepada komuniti nelayan di Perak Zon Utara menerusi pelbagai program pembangunan, kebajikan dan perumahan bagi meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan golongan itu.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, bantuan tersebut disalurkan menerusi Program Peningkatan Pendapatan Touch Point yang memberi manfaat kepada 50 nelayan dari kawasan Kerian, Matang dan Sungai Tinggi.

“Bantuan bernilai RM232,632 itu bertujuan membantu nelayan kategori B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan meningkatkan hasil pendapatan, di samping memperkukuh produktiviti sektor perikanan negara.

“Program ini bukan sahaja membantu meringankan beban nelayan, malah memberi peluang kepada mereka meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam aktiviti penangkapan ikan melalui penggunaan peralatan yang lebih moden dan berkesan,” katanya pada majlis penyerahan bantuan di sini pada Rabu.

Antara bantuan yang disalurkan ialah tujuh unit enjin sangkut 40 kuasa kuda, satu unit enjin sangkut 30 kuasa kuda, lima unit enjin sangkut 15 kuasa kuda, 25 set pukat serta 12 unit sonar.

Pada majlis sama, LKIM turut menyalurkan Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan berjumlah RM6,900 kepada tujuh nelayan yang terjejas, melibatkan ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kerian, Matang dan Sungai Tinggi.

Faiz turut menyeru komuniti nelayan agar lebih proaktif menguasai teknologi perikanan terkini dan memodenkan kaedah penangkapan ikan bagi meningkatkan hasil tangkapan serta memperkukuh kedudukan sosioekonomi mereka.

Selain bantuan peralatan dan kebajikan, majlis itu turut menyaksikan penyerahan sebuah Rumah Nelayan (Bina Baharu) di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) kepada Mat Dali Jamhari.

Rumah berkenaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan Kerian siap sepenuhnya pada 13 Mei lalu selepas pembinaannya bermula pada 1 April 2026.

Bagi tahun ini, sebanyak dua rumah bina baharu dan tiga rumah baik pulih telah dilaksanakan di Perak menerusi PKPN dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM228,000.

Secara keseluruhan, bantuan yang disalurkan melalui Program Peningkatan Pendapatan Touch Point, Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan serta PKPN mencerminkan komitmen berterusan LKIM dalam memperkasa komuniti nelayan, meningkatkan taraf hidup mereka serta memastikan sekuriti makanan negara terus terjamin.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah LKIM Perak, Ahmad Zulkifli Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan, Norlaili Baharuddin @ Hamdan.

Foto: LKIM

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak