Kestabilan ekonomi dan politik Anwar raih semula keyakinan dunia terhadap Malaysia

PUTRAJAYA – Pembentukan Kerajaan Perpaduan yang inklusif melalui pengenalan kerangka Malaysia MADANI telah banyak mengubah perspektif negara luar serta masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

Penganalisis ekonomi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Norhudi’in Danu berkata, perkembangan itu disokong oleh prestasi ekonomi yang memberangsangkan, termasuk pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, selain pengukuhan nilai ringgit dan peningkatan pelaburan asing.

“Ketidakstabilan geopolitik dunia telah memberi kesan buruk kepada kebanyakan negara sekitar, namun di Malaysia, pergerakkan ekonomi semasa masih dalam keadaan stabil dan terkawal.

“Keadaan tersebut sekaligus membantu rakyat berasa lebih yakin dan bertenang, namun mereka tetap perlu mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang ketidaktentuan ekonomi,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Dalam pada itu, Norhudi’in memaklumkan, keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kestabilan Kerajaan Perpaduan selama tiga tahun lapan bulan dilihat membuktikan beliau memiliki sifat kepimpinan yang mampu mengurus pelbagai parti dalam satu gabungan kerajaan.

Katanya lagi, sejarah membuktikan negara pernah menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh satu penggal Parlimen susulan ketidaktentuan politik dan pembentukan kerajaan campuran.

“Jika dilihat daripada perspektif itu, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin yang berjaya mengekalkan kestabilan kerajaan tanpa berdepan ancaman serius terhadap kedudukannya sejak memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022,” katanya.

Beliau berpandangan, bukan sesuatu yang mudah untuk memastikan keharmonian dalam kerajaan yang dianggotai pelbagai parti, termasuk Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini merupakan seteru politik utama Pakatan Harapan (PH).

Norhudi’in yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan & Komunikasi UniMAP berpandangan, demi memastikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara terus terpelihara, Anwar berusaha mengimbangi kepentingan setiap parti komponen dalam Kerajaan MADANI.

“Sehubungan itu, seluruh rakyat juga perlu memainkan peranan dalam mengekalkan kestabilan ekonomi, keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara.

“Jauhilah sikap ekstrem walaupun berbeza fahaman politik kerana kesejahteraan dan keharmonian masyarakat merupakan asas penting kepada kemakmuran yang telah dibina sejak sekian lama.

“Nilai terbabit perlu terus dipelihara agar kekal menjadi teras kepada kehidupan setiap rakyat Malaysia yang telah kita bina sekian lama ini kekal bertapak dalam jiwa setiap warga yang merdeka,” katanya.

Related Posts

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

VETERAN PKR, Tian Chua berharap dapat kembali menjadi Ahli Parlimen dan terbuka untuk bertanding semula di Parlimen Batu, dengan menyatakan beliau mempunyai sokongan kuat daripada pengundi di situ. Bagaimanapun, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September