Tiada unsur khianat dalam kebakaran 27 rumah di Kampung Cina

KOTA BHARU – Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat dalam kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Cina di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan lanjut masih dijalankan oleh pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mohd Yusoff berkata, kebakaran berkenaan melibatkan kawasan seluas enam ekar dengan tahap kemusnahan yang berbeza mengikut kediaman.

“Anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan dan kini dalam proses penilaian oleh pihak berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, saksi memaklumkan asap dan api mula dikesan kira-kira jam 12 tengah hari sebelum merebak dengan pantas akibat kedudukan rumah yang berhampiran antara satu sama lain.

Katanya, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.30 petang hasil operasi yang melibatkan 38 pegawai dan anggota JBPM.

Operasi itu turut dibantu empat jentera bomba, dua jentera tangki air, lima motosikal bomba serta sebuah van Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Mohd Yusoff berkata, Polis Kelantan merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi menyelamat dan pemadaman kebakaran tersebut.

Mohd Yusoff turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan kebakaran di kediaman masing-masing.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan lanjut.

Foto: Harian Metro

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik