Pas tunggu arahan pusat, masa depan kerajaan Perlis jadi tanda tanya

KANGAR – Kedudukan politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis kini menjadi perhatian apabila pimpinan negeri masih menantikan arahan Pas Pusat susulan keputusan parti itu menamatkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Russele Eizan berkata, setakat ini pentadbiran dan perjalanan DUN masih berfungsi seperti biasa meskipun perkembangan terbaharu itu menimbulkan pelbagai persoalan mengenai hala tuju kerajaan negeri.

Menurut beliau, sebarang keputusan lanjut bergantung kepada arahan yang akan dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi Pas.

“Kita masih menantikan perkembangan seterusnya daripada Pas Pusat. Apa-apa boleh berlaku dalam politik namun buat masa ini fungsi DUN masih berjalan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pas Pusat yang mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu semalam.

Keputusan tersebut mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan gabungan PN di beberapa negeri termasuk Perlis yang diterajui Pas walaupun parti itu menyatakan tidak keluar dari gabungan.

Perlis sebelum ini turut menyaksikan beberapa episod ketegangan membabitkan pemimpin Pas dan Bersatu termasuk pertikaian berkaitan isu akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan kemelut pentadbiran bekas Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Selain itu, kenyataan berbalas antara sayap Pemuda Pas dan Armada Bersatu Kangar sejak beberapa bulan lalu turut menggambarkan hubungan kedua-dua parti yang tidak lagi semesra dahulu.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan semasa politik negeri itu.

“Saya tiada apa-apa ulasan setakat yang terkini,” katanya ringkas.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kepimpinan Pas Perlis berhubung implikasi keputusan Pas Pusat terhadap kedudukan kerajaan negeri dan kerjasama politik dalam PN di negeri berkenaan.

Related Posts

Politik penyatuan ummah: Prinsip atau sekadar strategi pilihan raya?

PERKEMBANGAN politik mutakhir yang menyaksikan Pas mengambil pendirian memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu menimbulkan pelbagai persoalan mengenai hala tuju sebenar gabungan yang selama ini dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN). Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM7.5 juta projek tembok keselamatan, jalan dan pos kawalan Pulau Sebatik

TAWAU – Sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja awalan jajaran jalan, pembinaan tembok keselamatan serta pos kawalan keselamatan di Kampung Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Politik penyatuan ummah: Prinsip atau sekadar strategi pilihan raya?

Politik penyatuan ummah: Prinsip atau sekadar strategi pilihan raya?

Mahasiswa Malaysia di Jepun perlu timba pengalaman, hayati nilai masyarakat setempat – PM

Mahasiswa Malaysia di Jepun perlu timba pengalaman, hayati nilai masyarakat setempat – PM

RM7.5 juta projek tembok keselamatan, jalan dan pos kawalan Pulau Sebatik

RM7.5 juta projek tembok keselamatan, jalan dan pos kawalan Pulau Sebatik

PM Anwar tegaskan pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan

PM Anwar tegaskan pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan

DBKL nafi video tular penjaja depan KLCC, sahkan rakaman lama

DBKL nafi video tular penjaja depan KLCC, sahkan rakaman lama

Liputan telekomunikasi Perak lengkap, tamatkan titik buta Lebuhraya PLUS

Liputan telekomunikasi Perak lengkap, tamatkan titik buta Lebuhraya PLUS