Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

MIRI – Semangat perpaduan dan kebersamaan terus disemarakkan menerusi penganjuran Rumah Terbuka Malam Serumpun Miri Kita di FORUM Cultural Centre, Jalan Padang Kerbau pada Ahad.

Program tersebut dianjurkan khusus bagi meraikan warga Miri yang baru pulang dari kampung halaman selepas cuti panjang sempena perayaan Aidiladha, Hari Gawai dan cuti persekolahan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, majlis tersebut berjaya menghimpunkan masyarakat berbilang kaum serta agama dalam suasana yang harmoni.

“Melalui konsep ‘Serumpun’, program ini menekankan nilai kebersamaan, sikap hormat-menghormati dan persefahaman yang sentiasa menjadi tunjang keharmonian warga Miri.

“Selain mengeratkan hubungan komuniti, ia turut menjadi medium untuk mengetengahkan kepelbagaian budaya serta warisan masyarakat Sarawak kepada orang ramai,” katanya.

Menurut beliau, penganjuran program sebegini merupakan platform penting untuk memperkukuh silaturahim dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Terdahulu, para pengunjung yang hadir berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisional dan moden di samping menyaksikan persembahan kebudayaan yang mencerminkan keunikan majmuk negeri ini.

Mengulas lanjut, Choon Man berkata, keunikan budaya yang dipersembahkan bukan sahaja menjadi kebanggaan penduduk tempatan, malah berpotensi menarik minat pelancong untuk mengenali Miri dengan lebih dekat.

Tambahnya, inisiatif berkenaan juga selaras dengan usaha menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan mempromosikan keunikan makanan dan masyarakat majmuk sebagai identiti Sarawak.

“Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat hari ini membuktikan semangat kebersamaan terus utuh, sekali gus menjadikan bandar raya ini sebagai contoh terbaik keharmonian di Sarawak,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion