UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu.

Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, MN yang sebelum ini diwujudkan menerusi kerjasama UMNO dan Pas juga telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, perkara itu sekali gus menutup ruang untuk sebarang usaha menghidupkan semula gagasan berkenaan sama ada dalam bentuk asal mahupun versi baharu.

“MN telah didaftarkan sebagai sebuah NGO oleh seseorang. Jadi, kita tidak langsung mempunyai niat dan tidak berhasrat untuk menghidupkan semula MN.

“Sama ada 1.0 atau pun 2.0, itu telah dimuktamadkan dan kita telah tutup buku,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama persidangan Invest Malaysia Kuala Lumpur 2026, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama politik antara UMNO dan Pas melalui platform MN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ia semakin kuat diperkatakan susulan Pas mengumumkan keputusan untuk mengakhirkan hubungan kerjasama politik dengan Bersatu semalam.

Sebelum ini juga, Ahmad Zahid mengesahkan terdapat pertemuan antara pemimpin Pas dan UMNO bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan bagi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.

Bagaimanapun, perbincangan itu tidak membabitkan presiden parti.

MN merupakan sebuah pakatan kerjasama politik dan penyatuan ummah yang pada asalnya dimeterai secara rasmi antara UMNO dan Pas pada 14 September 2019.

Pakatan itu bagaimanapun terlerai tidak lama selepas itu apabila Pas membentuk Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu.

Malah nama MN turut didaftarkan sebagai sebuah NGO.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI