Kementerian, agensi kerajaan diarah bertindak terhadap warga asing salah guna visa untuk berniaga

PUTRAJAYA – Pelbagai kementerian dan agensi diarahkan mengambil tindakan tegas serta menyeluruh bagi membanteras aktiviti perniagaan haram yang dijalankan warga asing serta penyalahgunaan visa dan lesen perniagaan tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berkenaan tidak boleh ditangani oleh satu agensi sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak berkaitan.

Menurut beliau, tindakan segera perlu diambil susulan peningkatan kes warga asing yang dipercayai menjalankan perniagaan menggunakan visa pelawat atau pelajar di samping menyalahgunakan permit dan lesen (perniagaan) milik rakyat tempatan.

“Jadi langkah-langkah yang kita usulkan saya minta dilaksanakan segera. Semua kementerian dan agensi berkenaan; LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), Kastam, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), Bank Negara Malaysia.

“Kalau didapati ada salah guna permit, kita akan rampas seperti yang dilakukan oleh DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Daftar di bawah (lesen perniagaan milik) tempatan (namun) jual dekat warga asing.

“Kita terpaksa beri signal jelas dan badan- badan penguatkuaaa harus ambil tindakan…guna Visa pelawat tapi gunakan untuk berniaga rampas peluang pekerjaan di sini (Malaysia),” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, pada Isnin yang turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta Timbalan, Teo Nie Ching.

Dalam pada itu, Perdana Menteri meluahkan kekecewaan apabila terdapat peniaga tempatan yang menjadi agen kepada warga asing bagi menyediakan peluang perniagaan terhadap golongan tersebut.

Menurut beliau, perbuatan membenarkan warga asing telah menyekat keuntungan khususnya terhadap peniaga kecil dan sederhana (PKS) selain menutup peluang pekerjaan terhadap anak-anak tempatan

“Tindakan segera perlu diambil agar boleh dihentikan segera, kerjasama dengan persatuan peniagaan, dewan perniagaan kerana terdapat persatuan yang tidak boleh diharapkan kerana mereka menjadi agen kerana mereka dapat mengutip cukai khas buat mereka.

“Masyarakat perlu bertindak dan bersama dengan kementerian selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga boleh menyerapkan teknologi AI agar dapat memantau aktiviti haram ini,” katanya

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan