Jurutera arahan AI disasar di setiap NADI seluruh negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi mencadangkan satu inisiatif baharu bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera arahan kecerdasan buatan (AI) atau prompt engineer di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, usaha itu selaras dengan aspirasi kerajaan yang memberi penekanan terhadap penguasaan teknologi baharu, termasuk AI, dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, ketika ini terdapat lebih 1,000 NADI di seluruh negara yang berpotensi menjadi hab pembangunan kemahiran digital, khususnya dalam bidang AI.

Beliau menjelaskan bahawa jurutera arahan bukan sekadar pengguna teknologi, sebaliknya individu yang mempunyai keupayaan memahami dan menguasai penggunaan alat AI bagi membangunkan aplikasi baharu yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat.

“Di setiap NADI, kita mahu ada seorang anak muda yang mahir bukan sahaja menggunakan AI, tetapi membangunkan aplikasi yang boleh membantu masyarakat di kampung masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Fahmi berkata, penyediaan capaian internet yang baik serta latihan yang bersesuaian mampu membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda untuk membina kerjaya dalam bidang digital tanpa perlu berhijrah ke bandar.

Katanya, perkembangan teknologi membolehkan anak muda mencipta peluang pekerjaan sendiri di kawasan masing-masing, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.

Sebagai contoh, beliau berkata aplikasi digital boleh dibangunkan di kawasan luar bandar seperti Pulau Banggi dan kawasan FELDA, yang berpotensi mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

Beliau yakin inisiatif berkenaan dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja digital yang berdaya saing serta menyokong agenda transformasi digital negara.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan