KPDN Beaufort rampas 1,000 liter diesel disyaki dipindah menyalahi undang-undang

BEAUFORT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Beaufort merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Invader Double Cabin bersama kira-kira 1,000 liter diesel yang disyaki dipindahkan secara menyalahi undang-undang dalam satu operasi di daerah ini.

Ketua Cawangan KPDN Beaufort, Jamiah Bakar berkata, rampasan itu turut melibatkan sebuah tangki ubah suai yang dipasang pada kenderaan berkenaan, satu gelung hos, sebuah pam minyak elektrik serta beberapa dokumen berkaitan.

“Kesemua barangan kes tersebut diterima daripada anggota Pasukan Petugas Risikan Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kes ini dipercayai berlaku pada 3 Jun 2026 kira-kira jam 10.45 malam di sebuah stesen minyak di Pekan Beaufort.

“Susulan itu, pegawai penguat kuasa KPDN telah melaksanakan tindakan sitaan semula terhadap barangan kes bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Jamiah, tiga individu turut ditahan bagi membantu siasatan, manakala nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM23,320 termasuk kenderaan dan peralatan yang digunakan dalam kegiatan tersebut.

“Kes ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Ops Tiris 4.0 Bersepadu, yang dilaksanakan KPDN dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi, khususnya diesel.

“Kerjasama antara agensi ini bertujuan memastikan bekalan barang kawalan sampai kepada golongan sasar serta mengelakkan ketirisan subsidi kerajaan yang boleh menjejaskan ekonomi negara.

“KPDN memandang serius sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan yang boleh menjejaskan bekalan dan kepentingan pengguna. Justeru, kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan lain akan terus diperkukuhkan bagi membanteras kegiatan berkenaan,” ‘katanya.

Tambah Jamiah, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kes tersebut kini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

“Jika sabit kesalahan, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan yang berkuat kuasa.

“Kami juga menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada KPDN sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan di kawasan masing-masing,” katanya.

Orang ramai boleh mengemukakan aduan melalui WhatsApp KPDN di talian 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN, Pusat Panggilan 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.

KPDN akan terus mempergiat pelaksanaan Ops Tiris 4.0 Bersepadu melalui pendekatan risikan, pemeriksaan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan aktiviti penyelewengan barang kawalan dapat dibanteras secara menyeluruh.

Related Posts

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyifatkan tempoh dua tahun menerajui Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sebagai satu pengalaman berharga yang menyaksikan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

TAIPING – Kegiatan penyelewengan diesel yang dipercayai berselindung di sebalik sebuah stor simpanan tanpa lesen di Kampung Ayer Puteh, Simpang, di sini, berjaya ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati