Lembu, kerbau merayau bakal ditangkap tanpa notis

BATU GAJAH – Penternak yang masih melepaskan haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau berkeliaran di kawasan awam diingatkan agar tidak menyalahkan pihak berkuasa sekiranya haiwan mereka ditangkap dan dilelong dalam operasi yang akan dilaksanakan setiap minggu tanpa sebarang notis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Steven Tiw Tee Siang berkata, tindakan tegas itu diputuskan hasil perbincangan bersama pihak Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) susulan masalah haiwan ternakan merayau yang semakin serius dan sukar dikawal.

Menurutnya, operasi penangkapan akan dijalankan secara berkala setiap minggu dan haiwan yang ditangkap akan dilelong mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Keputusan telah dibuat bahawa lembu dan kerbau yang didapati merayau akan ditangkap tanpa notis terlebih dahulu, manakala haiwan yang ditangkap akan dilelong.

“Langkah ini perlu diambil kerana isu lembu dan kerbau berkeliaran, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh, semakin tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, penternak perlu lebih bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal haiwan ternakan masing-masing bagi mengelakkan risiko kepada keselamatan awam.

“Justeru, selepas ini tidak timbul soal menyalahkan mana-mana pihak sekiranya tindakan penangkapan diambil kerana masalah ini telah berulang kali dibangkitkan dan sering mengundang risiko kemalangan serta mengancam keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Steven memaklumkan satu dokumen cadangan telah diserahkan kepada MDBG bagi memperkukuhkan usaha menangani masalah berkenaan.

Katanya, dokumen itu mengandungi kertas kerja bagi membolehkan orang awam serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diberi kuasa membantu menangkap lembu dan kerbau yang berkeliaran.

“Kami akan terus memberi perhatian serius terhadap isu ini dan berharap mendapat kerjasama semua pihak bagi memastikan persekitaran yang lebih selamat serta bebas daripada gangguan haiwan ternakan merayau,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula