Sabah perkukuh peranan sebagai pemilik, peneraju dalam industri minyak dan gas

KOTA KINABALU – Sabah sedang melalui transformasi besar dalam sektor tenaga dengan mengambil peranan lebih aktif sebagai pemilik dan peneraju industri minyak dan gas.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, melalui SMJ Energy, Sabah sedang mempercepatkan aktiviti huluan, mengkomersialkan penemuan sumber tenaga baharu serta memastikan lebih banyak nilai ekonomi yang dijana daripada sumber negeri dapat dikekalkan untuk manfaat rakyat Sabah.

“Sabah bukan lagi sekadar pemerhati, kita adalah pemilik, penyumbang dan pemangkin yang membentuk masa depan industri minyak dan gas negeri ini,” katanya semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Alu-aluan Oil & Gas Services and Equipment Conference and Exhibition (OGSE) Sabah 2026 di Dewan Sipadan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau menggesa syarikat-syarikat yang terlibat supaya memberi peluang kepada vendor tempatan dan melabur dalam pembangunan bakat anak Sabah serta membina kerjasama jangka panjang demi memastikan manfaat industri dapat dinikmati secara menyeluruh.

“Penganjuran OGSE Sabah 2026 bukan sekadar pameran peralatan dan perkhidmatan minyak dan gas, tetapi mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh kestabilan kewangan, meningkatkan kebebasan komersial serta mewujudkan iklim pelaburan yang lebih kukuh di Sabah.

“Kerajaan negeri terus komited untuk terus menyokong pertumbuhan sektor tenaga dan memastikan kejayaan yang dicapai dapat memberi manfaat berpanjangan kepada Sabah dan rakyatnya,” kongsinya.

Masidi yang juga Pengerusi SMJ Energy turut mengalu-alukan penyertaan pelabur dan rakan strategik antarabangsa menerusi kerjasama yang tulen, melibatkan perkongsian teknologi, kepakaran dan modal bagi memacu pertumbuhan industri tenaga Sabah.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula