RM7.8 juta naik taraf jambatan Sungai Tiku, manfaat lebih 50,000 penduduk

TAWAU – Projek naik taraf jambatan Sungai Tiku di Jalan Sin Onn Tiku bernilai RM7.8 juta baka memanfaatkan kira-kira 50,000 penduduk setempat termasuk pengguna jalan raya harian.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui berkata, jambatan itu juga menjadi penyelesaian kepada isu kesesakan dan keselamatan penduduk apabila siap sepenuhnya pada 4 November 2027.

“Projek pembiayaian Persekutuan itu bermula pada 26 Mei lepas dengan tempoh pembinaan selama lebih setahun melibatkan pembinaan jambatan baharu jenis ‘steel girder’ sepanjang 40 meter.

“Projek ini bukan sahaja menaik taraf infrastruktur, tetapi juga memberi tumpuan kepada aspek keselamatan dan keselesaan pengguna.

“Apabila siap, jambatan ini akan menjadi laluan dua hala yang lebih selamat dan lancar untuk digunakan penduduk,” ujarnya dalam kenyataan, pada Khamis.

Su fui berkata, bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh pembinaan, satu laluan sementara akan dibina bersebelahan jambatan sedia ada sebagai laluan alternatif.

Katanya, laluan itu memastikan hubungan penduduk tidak terputus dan pergerakan harian tidak terganggu sepanjang kerja pembinaan dijalankan

Related Posts

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

IPOH – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh, Jalan Laksamana, di sini, pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

SEMPORNA – Pengurusan sampah di Semporna perlu ditambah baik khususnya dari segi kutipan, pengangkutan dan pemindahan sampah supaya lebih berkesan dan sistematik. Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Semporna perlu tambah baik pengurusan sisa

Diskaun elektrik Sarawak boleh jadi rujukan untuk Sabah – YPNM

Diskaun elektrik Sarawak boleh jadi rujukan untuk Sabah – YPNM

Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi

Krisis Negeri Sembilan melarat akibat politik Melayu hilang muafakat – Puad Zarkashi

Polis buru kenderaan dipercayai langgar maut lelaki Indonesia di Segaliud

  • By Fandi
  • September 23, 2026
Polis buru kenderaan dipercayai langgar maut lelaki Indonesia di Segaliud

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya