KPDN Labuan rampas 750 liter petrol, lelaki tempatan ditahan dalam Ops Tiris 4.0

LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan merampas 750 liter cecair disyaki petrol serta menahan seorang lelaki tempatan dalam serbuan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) di sebuah jeti tidak berdaftar di Kampung Sungai Keling, pada Rabu.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, operasi kira-kira pukul 2 petang itu dijalankan susulan risikan mengenai aktiviti penyimpanan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi menemukan 20 gelen dan dua tong mengandungi cecair disyaki petrol dengan anggaran jumlah keseluruhan 750 liter.

“Cecair tersebut dipercayai disimpan tanpa permit atau kebenaran bertulis daripada KPDN.

“Kesemua barang kes telah disita untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Katanya nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,940.

Dalam pada itu, seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang berada di lokasi kejadian turut ditahan bagi membantu siasatan.

Junaidah berkata, KPDN Labuan akan terus memperkukuh penguatkuasaan menerusi Ops Tiris 4.0 bagi mengekang aktiviti penyelewengan barang kawalan dan ketirisan subsidi.

“Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti berkenaan amat penting bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki ditahan bersama 945 liter petrol subsidi di premis atas air
  • AdenAden
  • October 9, 2026

SANDAKAN – Maritim Malaysia menahan seorang lelaki dan merampas sebanyak 945 liter minyak petrol subsidi yang disimpan dalam 30 tong jerrycan di sebuah premis tidak bernombor di atas air di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditahan bersama 945 liter petrol subsidi di premis atas air

  • By Aden
  • October 9, 2026
Lelaki ditahan bersama 945 liter petrol subsidi di premis atas air

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA