Akaun Facebook Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah digodam, laporan polis dibuat

SUGUT – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib memaklumkan akaun Facebook peribadinya digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut James, laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa berkaitan.

Beliau menegaskan bahawa dirinya tidak pernah dan tidak akan meminta nombor akaun bank, nombor telefon, maklumat peribadi, kata laluan, kod pengesahan sekali guna (OTP) atau sebarang bentuk bantuan kewangan melalui media sosial.

“Sehubungan itu, sebarang mesej, hantaran, komen atau komunikasi yang menggunakan nama, gambar atau identiti saya bagi tujuan sedemikian adalah palsu dan tidak mendapat kebenaran daripada pihak saya,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

James berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang cubaan penipuan dalam talian yang menggunakan nama serta identitinya untuk memperdaya masyarakat.

Beliau turut meminta orang ramai agar mengabaikan dan melaporkan kepada pihak berkuasa atau saluran rasmi berkaitan sekiranya menerima mesej mencurigakan berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, sebarang maklumat rasmi berkaitan tugas dan urusannya sebagai Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah hanya akan disalurkan melalui saluran komunikasi rasmi yang disahkan oleh pejabatnya.

Dalam pada itu, beliau menghargai kerjasama serta keprihatinan semua pihak dalam membantu membendung jenayah siber dan melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Related Posts

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan merampas 27,495 pek daun terup berjenama yang disyaki tiruan, bernilai RM55,079.20, menerusi serbuan serentak di tiga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse