Pemuda Pas Perlis dakwa pengakuan ADUN bongkar usaha jatuhkan MB

KANGAR – Pemuda Pas Perlis mendakwa usaha untuk menjatuhkan bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli bukan lagi sekadar dakwaan politik apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terhenti keahlian Pas sebelum ini dikatakan mengakui telah menandatangani akuan berkanun (SD) bersama ADUN Bersatu.

Ketuanya, Haziq Asyraf Dun berkata, pengakuan tersebut dibuat dalam satu pertemuan bersama Dewan Harian Pas Pusat pada 21 Disember 2025 yang turut dihadiri semua ADUN Pas Perlis.

Menurut beliau, perkara itu bukan sahaja didengari oleh para hadirin malah turut direkod dan diminitkan dalam perbincangan berkenaan.

“Dalam satu pertemuan bersama Dewan Harian Pas Pusat pada 21 Disember 2025 yang turut dihadiri oleh semua ADUN Pas Perlis, tiga ADUN terbabit secara terbuka mengakui bahawa mereka telah menandatangani SD bersama ADUN-ADUN Bersatu.

“Pengakuan tersebut bukan sahaja didengari oleh para hadirin, malah telah direkod dan diminitkan dalam perbincangan tersebut. Justeru, adalah menghairankan apabila Bersatu terus memilih menafikan perkara yang telah diakui sendiri oleh individu-individu yang terlibat secara langsung dalam usaha tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Biro Politik Bersatu pada 24 Mei lalu yang menjelaskan tuduhan bahawa ADUN-ADUN Bersatu telah menarik sokongan terhadap Menteri Besar daripada Pas adalah tidak benar.

Mengulas lanjut, Haziq berkata, kenyataan dikeluarkan Biro Politik Bersatu itu tidak tepat dan bercanggah dengan pengakuan yang didakwa telah dibuat sendiri oleh tiga ADUN berkenaan.

Katanya, Pemuda Pas Perlis berpegang kepada fakta dan rekod yang wujud berhubung perkara tersebut.

“Isu ini bukan lagi melibatkan soal persepsi atau dakwaan politik, tetapi berkaitan pengakuan yang telah dibuat dalam satu pertemuan rasmi.

“Demi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kerjasama politik yang dibina atas dasar kejujuran dan amanah, semua pihak seharusnya berani berterus terang serta bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah dilakukan,” katanya.

Terdahulu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah agar Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah diberikan ruang untuk terus memimpin negeri ini sehingga ke akhir penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 tanpa sebarang kacau ganggu yang boleh merencatkan perancangan pembangunan negeri.

Baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat supaya meletakkan kepentingan rakyat dan negeri mengatasi kepentingan peribadi serta perbezaan politik.

Related Posts

‘Masuk dulu, kami bantu’: Inisiatif UNIMAP mudahkan pelajar miskin ke menara gading

PAUH PUTRA – Hasrat seorang anak tukang masak dan seorang anak yatim untuk melanjutkan pengajian ke universiti hampir terkubur akibat kekangan kewangan sebelum mendapat perhatian Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlu lebih ramai calon wanita dalam PRN Johor – Noraini

PUTRAJAYA – Wanita Barisan Nasional (BN) harap lebih ramai wanita diberi peluang untuk diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang bagi memperkasa penyertaan golongan itu dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan gas negara masih stabil, tiada gangguan kepada industri

Bekalan gas negara masih stabil, tiada gangguan kepada industri

‘Masuk dulu, kami bantu’: Inisiatif UNIMAP mudahkan pelajar miskin ke menara gading

‘Masuk dulu, kami bantu’: Inisiatif UNIMAP mudahkan pelajar miskin ke menara gading

Gejala sosial remaja makin parah, tubuhkan Majlis Tindakan Khas Nasional – MAPIM

Gejala sosial remaja makin parah, tubuhkan Majlis Tindakan Khas Nasional – MAPIM

Perlu lebih ramai calon wanita dalam PRN Johor – Noraini

Perlu lebih ramai calon wanita dalam PRN Johor – Noraini

Pemuda Pas Perlis dakwa pengakuan ADUN bongkar usaha jatuhkan MB

Pemuda Pas Perlis dakwa pengakuan ADUN bongkar usaha jatuhkan MB

Tiada undi tidak percaya, Shahidan serah kepada Pas Pusat

Tiada undi tidak percaya, Shahidan serah kepada Pas Pusat