Nilai RM100 Baucar Buku MADANI cukup bermakna buat mahasiswa

PUTRAJAYA – Pemberian Baucar Buku MADANI RM100 disifatkan bantuan tepat pada masanya ketika golongan mahasiswa ketika ini berdepan peningkatan kos sara hidup dan keperluan pembelajaran yang semakin tinggi.

Mahasiwa Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Azhad Sabiq Abdullah, 23, berkata, bantuan berkenaan amat bermakna memandangkan harga buku akademik dan bahan bacaan berkualiti semakin meningkat.

Menurut beliau, inisiatif terbabit mampu memberi peluang dan ruang kepada mahasiswa mendapatkan bahan rujukan tambahan akademik tanpa perlu bergantung sepenuhnya terhadap sumber digital.

“Sebagai mahasiswa, kami sentiasa memerlukan bahan bacaan untuk tugasan, penyelidikan dan menambah ilmu pengetahuan. Baucar ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan kami.

“Pada masa sama, bantuan yang diberikan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah menggalakkan mahasiswa untuk membeli dan memiliki buku sendiri sekali gus memupuk minat membaca secara berterusan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Dalam pada itu, penuntut kejuruteraan awam dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Muhammad Arif Akmal Mohd Yusoff, 23, menyifatkan langkah kerajaan itu sebagai satu pelaburan jangka panjang dalam pembangunan modal insan negara.

Beliau berpendapat, inisiatif berkenaan membuktikan kerajaan masih memberi perhatian terhadap keperluan pendidikan dan pembangunan intelektual generasi muda.

“Ramai mahasiswa kini berdepan pelbagai kos sara hidup termasuk pengangkutan, makanan dan keperluan pembelajaran. Walaupun nilainya mungkin dilihat tidak terlalu besar, ia tetap membantu.

“Baucar ini juga boleh digunakan untuk membeli buku yang berkaitan bidang pengajian atau bahan bacaan umum yang dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran diri dalam memperhebatkan pengetahuan dalam bidang yang saya ceburi,” katanya.

Seorang lagi mahasiswa, Ahmad Azahar Md Noor, 25, pula berkata, pemberian baucar itu mampu menyemarakkan semula budaya membaca dalam kalangan anak muda yang semakin terdedah kepada pelbagai bentuk kandungan digital.

Katanya, buku masih relevan sebagai sumber ilmu yang lebih mendalam dan tersusun berbanding maklumat ringkas yang diperoleh menerusi media sosial.

“Ramai pelajar sebenarnya mahu membeli buku tetapi terpaksa mengutamakan perbelanjaan lain yang lebih mendesak. Dengan adanya baucar ini, mereka mempunyai peluang untuk mendapatkan bahan bacaan yang bermanfaat.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi baucar ini. Inisiatif ini juga dapat menggalakkan minat membaca dalam kalangan pelajar.

“Saya berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja membantu mahasiswa, malah menyokong industri buku tempatan dan usaha melahirkan masyarakat berilmu,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, inisiatif pemberian Baucar Buku MADANI RM100 bagi pelajar sekolah menengah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan penuntut IPTA diteruskan tahun ini.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit