Wanita ditahan, didakwa hari ini kes campak bayi dari tingkat 10 flat PPR

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 22 tahun yang dipercayai mencampakkan bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat 10 sebuah flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah di sini, sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan pada 2 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, suspek ditahan pada jam 12 tengah hari Selasa di pekarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) hasil siasatan yang dijalankan sejak kejadian itu dilaporkan.

Menurut beliau, tangkapan dibuat berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh sepanjang siasatan yang mengaitkan wanita terbabit dengan perbuatan mencampakkan bayi malang tersebut ketika masih bernyawa dari tingkat 10 bangunan berkenaan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga denda,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 2 Mei lalu, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di kawasan parkir kenderaan flat berkenaan kira-kira jam 2.40 petang.

Siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai dicampakkan dari tingkat 10 bangunan tersebut sebelum beberapa saksi dipanggil bagi membantu siasatan.

Hoo berkata, selepas siasatan lengkap dijalankan, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor untuk tindakan lanjut.

Beliau turut memaklumkan semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kes berkenaan kerana ia boleh mengganggu proses perundangan yang sedang berjalan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak bertindak mengikut emosi sehingga boleh membawa kepada perlakuan jenayah,” katanya.

Kes berkenaan sebelum ini menggemparkan penduduk setempat apabila penemuan mayat bayi perempuan itu mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial sebelum siasatan polis berjaya mengenal pasti individu yang disyaki terlibat.

Related Posts

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

SANDAKAN – Kejadian tanah runtuh sepanjang kira-kira 150 meter menyebabkan Jalan Sim-Sim berhampiran Tokong Cina Pau Kung, di sini, ditutup atas faktor keselamatan pada malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

SANDAKAN – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan wakil Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memperkukuh kerjasama dua hala menerusi latihan bersama berkaitan pengurusan kecemasan. Komander ESSCOM, Datuk Victor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR