Jawatan DKU lantikan Yang di-Pertuan Besar, persidangan perlu dapat perkenan Tuanku

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael

SEREMBAN – Jawatan Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) merupakan jawatan lantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, individu yang dilantik akan memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh baginda mengikut Fasal 25 Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

“Oleh yang demikian, mana-mana pihak selain Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa untuk menggantung, menamatkan, menggantikan atau melantik mana-mana individu lain sebagai Setiausaha DKU,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Zafir berkata, kerajaan negeri turut mengambil maklum pendirian yang diambil Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin berkenaan kedudukan DKU dan Setiausaha DKU yang dilantik.

“Berdasarkan UUTKNS, kerajaan negeri berpendirian bahawa DKU adalah sebuah institusi di bawah Perlembagaan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berdasarkan Fasal-Fasal 16, 17 dan 19 UUTKNS.

“Justeru, sebarang persidangan atau mesyuarat yang diadakan tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tidaklah boleh dianggap sebagai suatu persidangan DKU,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan enam daripada lapan ahli DKU Negeri Sembilan menggantung tugas Raja Norazli Raja Nordin sebagai Setiausaha DKU kerana didakwa gagal mematuhi perintah memanggil Sidang Mesyuarat Khas DKU.

Bagaimanapun, Raja Norazli menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kewajipan untuk mematuhi sebarang arahan atau permintaan yang bercanggah dengan kerangka perlembagaan dan peruntukan undang-undang di bawah institusi berkenaan.

Menurut beliau, sebagai seorang eksekutif DKU, tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada UUTKNS 1959 serta prosedur DKU yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian menerusi surat maklum balas terhadap arahan Datuk Mubarak Dohak; Undang Jelebu, Datuk Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Datuk Abdul Rahim Yassin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri serta Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid untuk memanggil sidang Khas DKU.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan