Biodiesel B15 menyokong penjimatan bahan api negara, jangan ragu untuk gunakannya

PUTRAJAYA – Pengguna diesel disarankan untuk  tidak ragu menggunakan Biodiesel B15 yang mula dilaksanakan sejak 1 Jun lalu susulan bahan api itu serasi dengan enjin sedia ada selain menyokong agenda pengurangan pelepasan karbon negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pelaksanaan Biodiesel B15 juga dijangka meningkatkan penggunaan minyak sawit mentah (MSM) domestik sehingga 801,000 tan setahun tanpa menjejaskan pasaran eksport komoditi berkenaan.

Menurut beliau, penggunaan biodiesel merupakan antara usaha kerajaan memperluaskan penggunaan tenaga alternatif yang lebih mampan di samping mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api berasaskan petroleum.

“Pengguna tidak perlu bimbang kerana penggunaan biodiesel bukan perkara baharu. Sebelum ini kita telah melaksanakan B5, B7 dan B10, manakala kini ia dipertingkatkan kepada B15 secara berperingkat.

“Dari segi prestasi enjin, tiada masalah dan pengguna boleh terus menggunakan bahan api ini seperti biasa,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau Klang Valley Distribution Terminal (KVDT), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, peningkatan adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 turut membantu meningkatkan penggunaan Palm Methyl Ester (PME) tempatan, sekali gus mengukuhkan permintaan domestik terhadap minyak sawit negara.

Beliau memaklumkan, penggunaan MSM bagi program Biodiesel B15 dianggarkan mencecah 801,000 tan setahun dan jumlah itu tidak akan memberi kesan kepada bekalan atau pasaran eksport minyak sawit Malaysia.

“Penggunaan biodiesel sememangnya amat digalakkan, khususnya dalam usaha mencapai matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta menyokong agenda kelestarian dan persekitaran hijau negara.

“Dari segi penjimatan, ia bergantung kepada penggunaan bahan tambahan (additive) serta faktor-faktor lain yang ditentukan oleh syarikat minyak masing-masing,” katanya.

Terdahulu, lebih 30 pengamal media dibawa ke KVDT bagi melihat sendiri proses pengumpulan, pengadunan dan pengagihan biodiesel di terminal simpanan sebelum bahan api berkenaan diedarkan ke stesen minyak untuk kegunaan pengguna.

Program Biodiesel Negara disokong oleh ekosistem yang komprehensif merangkumi 452 kilang minyak sawit, 54 kilang penapisan minyak sawit, 19 loji biodiesel dan 34 depoh pengadunan biodiesel di seluruh negara sebelum bahan api itu diedarkan ke lebih 4,400 stesen minyak untuk kegunaan pengguna.

Infrastruktur lengkap itu membuktikan bahawa Malaysia mempunyai kapasiti, kepakaran serta keupayaan logistik yang kukuh untuk melaksanakan peningkatan adunan biodiesel secara berperingkat dan terancang.

Pelaksanaan Biodiesel B15 adalah langkah strategik kerajaan bagi memperkukuh keselamatan tenaga negara, mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil serta menyokong agenda kelestarian negara melalui penggunaan tenaga alternatif yang lebih mampan.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit