Tiada undi tidak percaya, Shahidan serah kepada Pas Pusat

KANGAR – Pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan tiada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah akan dibawa dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kali ini, namun menegaskan sebarang keputusan berkaitan hala tuju politik negeri tertakluk kepada kepimpinan Pas Pusat dan PN.

Pengerusi PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mahu Abu Bakar terus memimpin negeri sehingga tamat penggal DUN Ke-15.

“Saya tidak ada masalah. Sebagai Pengerusi PN, semuanya kita serahkan kepada yang terbaik. Itu titah Tuanku, kita menjunjung kasih.

“Perkara lain kita serah kepada Jawatankuasa Pas Pusat dan kepimpinan PN Nasional,” katanya ketika ditemui di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Raja Perlis sempena Perasmian Penggal Persidangan Keempat DUN Perlis Ke-15 yang mahu Menteri Besar diberikan ruang untuk terus memimpin tanpa sebarang gangguan sehingga akhir penggal.

Menurut Shahidan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, sebarang pergerakan atau keputusan rasmi berkaitan kepimpinan negeri hanya boleh diputuskan menerusi mesyuarat kepimpinan Pas Pusat yang dijangka berlangsung minggu hadapan.

Katanya, kepimpinan Pas dan PN di peringkat negeri ketika ini hanya melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Sekarang ini kedudukan kita adalah ikut apa yang sudah diputuskan pada masa lepas dan keputusan itu kekal sampai hari ini dan saya belum menerima apa-apa arahan lain.

“Kalau ada apa-apa perubahan, sudah pasti ia akan melalui mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, insya-Allah minggu depan. Tugas Pas dan PN negeri adalah melaksanakan apa yang diputuskan di peringkat pusat,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, persidangan DUN kali ini dijangka berjalan lancar dengan memberi tumpuan kepada perbahasan menjunjung kasih titah diraja serta tanggungjawab wakil rakyat dalam melaksanakan fungsi semak dan imbang.

Beliau turut mengesahkan bahawa tiada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar akan dibawa dalam persidangan kali ini.

“Tidak ada,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkara tersebut.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan