Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

SARATOK – Sambutan Hari Gawai bukan sekadar acara tahunan bagi meraikan budaya dan warisan masyarakat Dayak, malah ia menjadi lambang perpaduan serta keharmonian rakyat pelbagai kaum di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, perayaan tersebut secara tidak langsung menggambarkan hubungan erat yang terjalin dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Menurutnya, amalan tradisi ‘ngabang’ (kunjung-mengunjung) merupakan antara keistimewaan yang mencerminkan semangat muhibah, memandangkan setiap perayaan di Sarawak sentiasa disambut bersama tanpa mengira latar belakang.

“Setiap perayaan diraikan oleh semua lapisan masyarakat. Inilah keunikan Sarawak yang berjaya mengekalkan keharmonian antara kaum dengan agama sehingga hari ini,” katanya.

Beliau menegaskan, nilai perpaduan yang dinikmati rakyat Sarawak itu perlu terus dipertahankan bagi memastikan kestabilan sosial dan kelancaran pembangunan negeri demi kesejahteraan bersama.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak di Rumah Cessus Clay Nyangga, Sungai Engkabang Roban serta Rumah Amban Danis di Sungai Antu, Libas, Krian pada Isnin.

Tambah Mohamad, penganjuran rumah terbuka turut menjadi medium penting buat barisan pemimpin mendekati rakyat, selain mendengar sendiri pandangan serta keperluan komuniti setempat.

“Semangat kebersamaan yang dipamerkan sepanjang sambutan Hari Gawai ini membuktikan perpaduan merupakan kekuatan utama rakyat Sarawak dalam mendepani pelbagai cabaran,” ujarnya.

Foto: ADUN Kalaka

Related Posts

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya hukuman khidmat masyarakat diperkasakan sebagai antara bentuk hukuman alternatif bagi kesalahan jenayah syariah. Bagaimanapun, baginda menegaskan pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor