Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Semua jabatan dan agensi kerajaan disarankan mencontohi acuan serta langkah Jabatan Imigresen (Imigresen) yang mendedahkan secara terbuka tindakan pemecatan terhadap 77 pegawainya sejak 2022.

Ahli Institut Integriti Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan berkongsi secara terbuka angka pemecatan serta jenis kesalahan dilakukan pegawai terbabit menghantar mesej jelas bahawa salah laku oleh penjawat awam tidak akan dikompromi.

Menurut beliau, pendedahan yang dibuat Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban wajar dipuji kerana mencerminkan tahap ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi dalam pengurusan agensi kerajaan.

“Dalam era di mana kepercayaan serta persepsi orang ramai adalah asas tadbir urus yang berkesan, tindakan untuk menyembunyikan kegagalan dalaman hanya akan menghakis keyakinan.

“Sebaliknya, pendekatan proaktif seperti ini mampu membudayakan kebertanggungjawaban dan menunjukkan integriti institusi lebih diutamakan berbanding melindungi individu yang melakukan kesalahan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata, ketelusan berhubung tindakan tatatertib dalaman tidak seharusnya dianggap asing, sebaliknya perlu dijadikan amalan standard dalam sektor awam.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Alliance for a Safe Community berpandangan,  apabila institusi awam beroperasi secara dangkal, ia memupuk persekitaran di mana rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kecuaian boleh berkembang tanpa kawalan.

“Langkah menerbitkan data sama secara rutin mengenai langkah tatatertib, jabatan dapat memupuk tenaga kerja yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan profesional.

“Tahap keterbukaan sedemikian mampu mengukuhkan prinsip bahawa perkhidmatan awam adalah satu keistimewaan, bukannya hak,” katanya.

Lam Thye berkata, pegawai yang melanggar SOP atau terbabit dalam kegiatan rasuah bukan sahaja mencemarkan imej jabatan, malah mengkhianati kepercayaan rakyat serta boleh menjejaskan keselamatan negara.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, tindakan tegas dan keterbukaan dalam menguruskan salah laku perlu diteruskan bagi memastikan kedaulatan undang-undang terus dipelihara.

“Kerajaan yang tanpa rasa takut mengaudit pangkatnya sendiri adalah kerajaan yang mendapat penghormatan daripada warganya.

“Hanya dengan cara ini kita boleh berharap untuk membina sektor awam yang lebih mantap, jujur ​​dan benar-benar berorientasikan perkhidmatan,” katanya.

Sebelum ini, Zakaria mendedahkan dalam tempoh 2022 hingga tahun lalu sebanyak 994 kes tatatertib berjaya diselesaikan dengan 77 daripada dibuang kerja.

Katanya, antara kesalahan dikenalpasti termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP), tidak mematuhi peraturan tugas, meluluskan urusan di luar bidang kuasa serta kes counter setting dan membabitkan ketidakhadiran bertugas, penyalahgunaan dadah serta membekalkan bahan terlarang kepada tahanan depot imigresen.

Related Posts

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

GEORGE TOWN:  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2 juta bagi menyokong usaha Pertubuhan Kebajikan Masyarakat India Muslim Malaysia (MUKMIN). Anwar berkata, peruntukan tersebut bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini sebagai menghargai pengorbanan serta jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan