Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

PUTRAJAYA – Langkah pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial disifatkan langkah penting dalam memperkukuh keselamatan pengguna digital, khususnya golongan muda.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan, tindakan itu dilihat melindungi anak muda daripada risiko penipuan dalam talian, gangguan siber dan pendedahan kepada kandungan tidak sesuai.

Menurutnya, pendekatan yang mewajibkan pengesahan identiti serta mengehadkan akses kepada pengguna berusia bawah 16 tahun adalah wajar dalam usaha mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

“PPIM menyambut baik pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial yang mula berkuat kuasa semalam (pada Isnin).

“Dalam keadaan semasa yang menyaksikan peningkatan kes jenayah siber dan manipulasi digital, pelaksanaan syarat tersebut dilihat sebagai usaha dasar yang lebih tersusun bagi mengimbangi akses kepada teknologi dengan aspek perlindungan pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, PPIM turut menyambut baik pengenalan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) yang disifatkan sebagai perkembangan positif ke arah meningkatkan kebertanggungjawaban penyedia platform digital, termasuk dalam aspek kawalan kandungan serta keselamatan sistem.

Sehubungan itu, PPIM menggesa semua penyedia platform media sosial mengambil tindakan proaktif bagi memastikan pematuhan penuh terhadap keperluan di bawah CPC dan RMC, termasuk mempercepatkan pelaksanaan sistem pengesahan umur serta memperkukuh mekanisme keselamatan pengguna.

“PPIM menekankan kepentingan keterjaminan dan keselamatan data peribadi dalam pelaksanaan dasar tersebut serta berharap ia dilaksanakan mengikut standard perlindungan yang tinggi.

“Kita akan terus memantau perkembangan pelaksanaan syarat berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan hak pengguna sentiasa terpelihara,” katanya.

Dalam pada itu, PPIM berkata, perlindungan pengguna memerlukan pendekatan menyeluruh yang merangkumi pendidikan, pemantauan berterusan dan kerjasama semua pihak.

“Justeru, PPIM berharap pelaksanaan dasar tersebut dapat dilaksanakan secara telus, praktikal dan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

Related Posts

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam
  • AdenAden
  • September 5, 2026

IPOH – Seorang lelaki yang ditetak dengan parang hingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki, di sini pada Selasa lalu disyaki berpunca daripada dendam dan tidak puas hati terhadap mangsa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi