11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

IPOH – Seorang lelaki yang ditetak dengan parang hingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki, di sini pada Selasa lalu disyaki berpunca daripada dendam dan tidak puas hati terhadap mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin Berkata, seramai 11 lelaki telah ditahan berumur 22 hingga 41 tahun berhubung insiden berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, Insiden terbabit berlaku pada jam 10.30 pagi di Taman Pengkalan Jaya, di sini pada 1 September lalu.

“Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 26 tahun yang berada di kandang lembu telah didatangi lima lelaki yang menaiki dua buah kenderaan.

“Suspek kemudian telah mengejar mangsa yang bertindak terjun ke dalam Sungai Kinta, sebelum ditetak menggunakan senjata parang oleh salah seorang suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Alwi, serangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada muka, tangan, kaki dan belakang bandan. Mangsa telah dibantu oleh orang awam dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Polis memandang serius kejadian ini dan telah melakukan tangkap terhadap suspek terlibat yang juga didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan kes jenayah dan dadah,” katanya

Jelasnya, kesemua tangkapan telah direman bagi membantu siasatan kes serangan terbabit dan penglibatan mereka dan jenayah terancang.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan,” ujarnya.

Tambahnya, polis komited meneruskan operasi pencegahan penguatkuasaan secara bersepadu membanteras segala bentuk ancaman dan kegiatan jenayah terancang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kegiatan kumpulan jenayah terancang yang menyalahi undang-undang boleh memaklumkan melalui saluran rasmi polis atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16