MoF perjelas kekeliruan paparan BUDI95, kuota kekal 200 liter sebulan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) memberi jaminan bahawa kuota bulanan di bawah program BUDI95 kekal pada kadar 200 liter sebulan, sekali gus menafikan dakwaan berlaku pengurangan had subsidi kepada pengguna yang layak.

MoF berkata, kekeliruan yang timbul susulan paparan kuota sebanyak 150 liter dalam sistem pada malam tadi adalah berpunca daripada gangguan teknikal ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan.

Menurut kementerian itu, isu berkenaan telah dikenal pasti dan tindakan pembetulan segera telah dilakukan bagi memastikan maklumat yang dipaparkan kepada pengguna adalah tepat.

“Kuota bulanan BUDI95 kekal sebanyak 200 liter sebulan bagi pengguna yang layak, termasuk untuk Jun 2026,” menurut MoF dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu menjelaskan bahawa tiada sebarang keputusan dibuat untuk mengubah had bulanan BUDI95 dan segala kemudahan yang dinikmati penerima layak kekal seperti sedia ada.

MoF turut memaklumkan bahawa pelaksanaan program subsidi bersasar itu akan terus diperkasakan bagi memastikan manfaatnya sampai kepada kumpulan sasaran secara berkesan dan teratur.

Kementerian itu berkenaan, aspek ketelusan dan kelancaran sistem akan terus diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang salah faham dalam kalangan pengguna pada masa hadapan.

“Segala kekeliruan berkenaan ralat ini amat dikesali,” menurut kenyataan MoF.

BUDI95 merupakan sebahagian daripada inisiatif BUDI MADANI RON95 yang diperkenalkan kerajaan bagi membolehkan rakyat yang layak menikmati harga petrol RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter.

Penjelasan itu dibuat selepas sebahagian pengguna menyedari perubahan paparan had bulanan dalam sistem ketika proses penyelenggaraan dijalankan pada jam 11 malam, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai status sebenar kuota subsidi yang ditetapkan kerajaan.

Related Posts

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, Persekutuan Rusia, selama dua hari bermula esok. Wisma Putra memaklumkan, Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi