Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

TAWAU – Kenaikan pemberian khas interim RM1.5 bilion kepada Sabah disifatkan sebagai langkah signifikan yang membuka ruang lebih luas kepada penyediaan kemudahan untuk rakyat di negeri ini.

Timbalan Pengerusi GRS, Tan Sri Liew Yun Fah berkata, pemberian itu juga menzahirkan ketegasan dalam menuntut hak Sabah menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di samping terus memelihara keharmonian serta perpaduan sebagai rakyat Malaysia.

“Pendekatan diplomatik yang dilakukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk sentiasa berkerjasama dengan Kerajaan Persekutuan adalah langkah terbaik demi kepentingan Sabah itu sendiri.

“Pemberian khas tersebut dilakukan sementara menunggu keputusan muktamad pemberian hak 40 peratus Sabah seperti yang termaktub dalam MA63 yang sedang giat dilakukan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Yun Fah yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menzahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemberian tersebut.

“Juga setinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan negeri diketuai Datuk Seri Hajiji, Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Datuk Seri Masidi Manjun dan Datuk Ewon Benedick; Datuk Dr Mohd Ariffin Arif dan ramai lagi.

“Biarpun sibuk dengan sambutan perayaan utama bagi masyarakat Sabah iaitu Pesta Kaamatan, kita tetap komited untuk terus dalam memperjuangkan isu MA63.

“Walaupun ia masih bukan sepenuhnya terlaksana tetapi atas dorongan, usaha dan kesatuan kita, saya melihat ia (kenaikan interim) satu perkembangan positif sekali gus bukti komitmen, kesungguhan dan keikhlasan kerajaan negeri (GRS) dalam menuntut MA63 demi masa depan Sabah Maju Jaya, “ujarnya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa