Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC

PUTRAJAYA – Pengguna media sosial berumur di bawah 16 tahun bakal berdepan sekatan akses apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menguatkuasakan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), berkuat kuasa hari ini.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan CPC mewajibkan penyedia perkhidmatan media sosial berlesen memperkenalkan ciri keselamatan yang mengambil kira perlindungan kanak-kanak sejak peringkat reka bentuk platform, selain menyediakan kawalan yang bersesuaian mengikut umur pengguna.

Menurut kenyataan itu, semua penyedia perkhidmatan media sosial berlesen perlu melaksanakan proses pengesahan umur bagi memastikan hanya individu yang memenuhi syarat umur minimum dibenarkan menggunakan perkhidmatan mereka.

“Selaras dengan tanggungjawab berkanun di bawah ONSA, pemberi perkhidmatan media sosial berlesen dikehendaki melaksanakan langkah perlindungan termasuk pengesahan umur pengguna berdasarkan had umur minimum 16 tahun.

“Pengesahan umur hendaklah dibuat berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia atau rekod setara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kompeten luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

MCMC berkata, mulai 1 Jun 2026, hanya pengguna berumur 16 tahun ke atas dibenarkan membuka akaun baharu dan mengakses fungsi perkhidmatan yang sesuai dengan peringkat umur mereka.

Bagi akaun sedia ada pula, proses pengesahan umur akan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh sehingga enam bulan oleh penyedia perkhidmatan media sosial yang terlibat.

Dalam tempoh berkenaan, pengguna yang dikenal pasti berumur bawah 16 tahun akan diberikan masa selama sebulan untuk menyimpan, memuat turun atau memindahkan kandungan peribadi mereka termasuk gambar dan video sebelum tindakan lanjut diambil.

MCMC memaklumkan syarat pengesahan umur itu meliputi semua platform media sosial berlesen termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

“MCMC menggesa semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen mematuhi sepenuhnya obligasi statutori mereka di bawah CPC dan ONSA termasuk melaksanakan langkah pengesahan umur yang berkesan di platform masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

“MCMC memandang serius sebarang ketidakpatuhan terhadap keperluan ini dan akan mengambil tindakan kawal selia serta penguatkuasaan yang sewajarnya selaras dengan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, MCMC menjelaskan RMC diwujudkan bagi memperkukuh keselamatan pengguna melalui pendekatan pencegahan yang lebih menyeluruh.

Antara langkah yang diwajibkan termasuk pelaksanaan penilaian risiko, pemantauan kandungan secara lebih berkesan, penyediaan ciri keselamatan pengguna dan peningkatan tahap akauntabiliti platform digital.

MCMC turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan pihak industri, organisasi berkaitan dan masyarakat bagi memastikan ekosistem digital negara menjadi lebih selamat, bertanggungjawab dan mesra kanak-kanak.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH